Tapi sebenarnya....

Alangkah mudah bagi kita untuk mengatakan sesuatu ciptaan manusia itu sebagai suatu keajaiban..manakala ciptaan-ciptaan Tuhan yang Agung kita anggap sebagai sesuatu yang 'biasa'..
Semoga kita hayati keajaiban yang betul-betul ajaib dalam hidup kita..
Renungkan...

Wednesday, July 22, 2009

Tesis- KONSEP KAFA’AH DALAM PERKAHWINAN : PEMAHAMAN DAN PENGAMALANNYA OLEH MASYARAKAT DI KOTA TINGGI.

PENGHARGAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وخاتم الأنبياء، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang menciptakan alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, para syuhada’ dan para solihin yang dirahmati Allah.

Alhamdulillh, dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran penulis panjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas limpah kurnaiNya serta inayahNya, penulis dapat menyiapkan latihan ilmiah yang bertajuk “Konsep Kafa’ah Dalam Perkahwinan : Kefahaman dan Pengamalannya Dalam Masyarakat di Kota Tinggi”.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih dari penulis kepada ustaz Haji Ismail bin Omar, selaku penyelia latihan ilmiah kerana sudi meluangkan masa untuk berbincang bersama penulis disamping terciptanya idea-idea yang sememangnya bernas yang mana akhirnya melengkapkan latihan ilmiah ini. Segala keritikan dan bimbingan beliau begitu dihargai kerana tanpa dorongan seperti ini, penulis tidak mungkin berjaya menghasilkan latihaan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan, siswa dan siswi semester 6 syariah, teman-teman rapat Mohd Syahrul Syafie bin Harith, Fairulnizam bin Mazilan, Mohd Izuan bin Seman serta Mohd Hafiz bin Abdul Halim yang banyak membantu dalam penyediaan bahan bagi melengkapkan latihan ilmiah ini. Akhir sekali, penulis juga memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan dalam memahami ulasan yang telah dikemukakan. Sesungguhnya segala yang baik datang dariNya dan segala kepincangan dan kesalahan yang berlaku adalah datang dari kelemahan penulis sendiri. Terima kasih.

Penulis,

Huzaifah Bin Sudirman
( 0612144 )
No 1379 Blok 7,
Felda Bukit Easter,
81907 Kota Tinggi,
Johor Darul Ta’zim.
Aj_poison@yahoo.com.










SINOPSIS

Perbincangan ini berkisar tentang tajuk “Konsep Kafa’ah Dalam Perkahwinan : Pemahaman dan Pengamalannya Dalam Masyarakat di Kota Tinggi”. Ia mengandungi empat bab. Secara umumnya ia merangkumi bahagian pendahuluan, teori serta kesan pelaksanaan terhadap masyarakat masa kini, laporan penyelidikan dan analisis data, bahagian penutup dan kesimpulan.

Bahagian pendahuluan menjelaskan tentang persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian dan metodologi kajian. Di dalam metodologi kajian berbagai cara yang telah digunakan oleh penulis untuk mendapatkan data yang diperlukan antaranya seperti metodologi perpustakaan, metod soal selidik dan lain-lain lagi.

Bahagian landasan teori pula merupakan bahagian yang banyak menggunakan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiah ini. Dalam bab ini penulis membincangkan tentang definisi tajuk,tujuan kafaah, pandangan islam mengenai kafaah dan pandangan serta perbezaan pendapat ulama tentang massalah kufu.

Manakala laporan penyelidikan dan analisis data pula terdapat dalam bab tiga. Penulis telah membuat laporan dan analisis tentang latar belakang responden. Penulis juga menganalisis tentang faktor-faktor pelaksanaan kafaah, sejauh mana pengetahuan masyarakat tentang kebaikan melaksanakan konsep kafaah serta pemahaman masyarakat tentang hukum melaksanakan konsep kafaah ini.

Bab empat merupakan bab penutup dan kesimpulan. Dalam bab ini penulis membuat kesimpulan tentang tajuk ini. Selain itu penulis juga membuat saranan kepada kerajaan, individu- individu dan pihak-pihak yang terlibat agar bersama-sama mengambil berat terhadap konsep kafaah agar semua anggota keluarga pada hari ini dapat hidup dalam suasana aman dan bahagia.































SENARAI KEPENDEKAN

KUIS - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
H.R -Hadis Riwayat
Ibid. -Ibiden (pada tempat yang sama)
Op.cit -Opera Citato (dalam karya tersebut)
r.a -Radiallahuanhu
s.a.w -Salallahu Alaihi Wassalam
s.w.t -Subahananhu Wa Taala
Hlm. -Halaman
Cet. -Cetakan
t.t -Tanpa Tarikh
Terj. -Terjemahan
Ed. -Edisi














SENARAI TRANSLITERASI

Konsonan pada huruf rumi adakalanya tidak sepadan dengan konsonan huruf Arab. Oleh itu, terdapat beberapa konsonan Arab yang tertentu yang boleh dirumikan. Akan tetapi, terdapat juga beberapa konsonan yang terpaksa dilakukan dengan beberapa pertambahan. Hal ini dapat diperhatikan seperti di bawah:

KONSONAN

HURUF JAWI HURUF RUMI HURUF JAWI HURUF RUMI
ا،ء،أ - ز z
ب b س s
ت t ش sy
ث th ص s
ج j ض d
ح h ط t
خ kh ظ z
د d ع ،
ذ Dh غ gh
ر r ف f
ق q ه h
ك k و w
ل l ي y
م m ة h
ن n

VOKAL
Dalam sistem vokal Arab terdapat tiga jenis vokal iaitu vokal pendek, vokal panjang dan juga diftong.

Pendek Panjang Diftong

___َ___a ا__َ__ ā ‘ābid عابد يْ _َ_¬¬¬¬_ay waylوَيل
___ِ___i ي__ِ__i iman إيمان وْ_َ__aw nawmنوم
_ُ___u و__ُ__ ū sūrahسورة

Sumber :
Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam. 2006. Panduan Penulisan Latihan Ilmiah. Edisi Ketiga. Bangi : Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS.
SENARAI LAMPIRAN


LAMPIRAN 1
-BORANG SOAL SELIDIK





































DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK
HALAMAN PENGESAHAN
MOTTO
DEDIKASI
PENGHARGAAN i
SINOPSIS iii
SENARAI KEPENDEKAN v
SENARAI TRANSLITERASI vi
SENARAI LAMPIRAN viii

DAFTAR ISI ix

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah. 1
1.2 Persoalan Kajian. 2
1.3 Objektif Kajian. 3
1.4 Hipotesis Kajian. 3
1.5 Skop Kajian. 4
1.6 Metodologi Penyelidikan. 4
1.6.1 Metode Penentuam Subjek. 5
1.6.2 Metode Pengumpulan Data. 5
1.6.2.1 Metode Dokumentasi. 6
1.6.2.2 Metode Perpustakaan. 6
1.6.2.3 Metode Soal Selidik. 7
1.6.3 Metode Penganalisis Data. 8
1.6.3.1 Metode Induktif. 8
1.6.3.2Metode Deduktif. 8
1.6.3.3Metod Komparatif. 9

BAB DUA: PENGENALAN KONSEP KAFA’AH

2.1 Pengenalan. 10
2.2 Definisi Kafa’ah. 11
2.2.1 Pengertian Kufu Yang Sesuai. 13
2.3 Objektif Kafa’ah Dalam Perkahwinan. 14
2.4 Ciri-Ciri Asas Kafa’ah Menurut Pandangan Empat Mazhab. 15
2.5 Pandangan Dan Perbezaan Pendapat Ulama Tentang Masalah
Kufu. 22
2.6 Panduan Islam Terhadap Kafaah. 28
2.7 Hak Kufu Dan Waktu Berlakunya Kufu. 31
2.7.1 Kufu Adalah Hak Perempuan Dan Walinya. 31
2.7.2 Waktu Berlakunya Kufu. 32
2.8 Sebab-Sebab Dan Kesan Daripada Kufu. 32
2.9 Kesimpulan. 37

BAB TIGA: PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN KONSEP KAFA’AH
DIKALANGAN MASYASRAKAT KOTA TINGGI.

3.1 Pendahuluan. 39
3.2 Latar Belakang Respondent. 39
3.3 Faktor-Faktor Pelaksanaan Konsep Kafa’ah Ini Terhadap
Masyarakat Kota Tinggi. 42
3.4 Pemahaman Masyarakat Tentang Kebaikan Konsep Kafa’ah. 43
3.5 Pengamalan Konsep Kafa’ah Dalam Masyarakat Kota Tinggi. 45
4.6 Pemahaman Masyarakat Tentang Hukum Melaksanakan Kafa’ah. 47
4.7 Kesimpulan. 49

BAB EMPAT: PENUTUP

4.1 Kesimpulan. 50
4.2 Saranan. 52

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Ia bersifat universal dan meliputi semua aspek dan tatacara kehidupan manusia, tidak mengira asal keturunan, bangsa dan warna kulit. Ia jelas ditunjukan, apabila Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak mengkhususkan kepada satu aspek sahaja tetapi ia merangkumi perkara-perkara ibadat, muamalat, munakahat dan yang berkaitan dengan kehidupan harian.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira dalam Islam.

Apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak.


1.2 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini mengkaji tentang konsep kafaah dalam perkahwinan dalam masyarakat Kota Tinggi. Kajian ini didorong apabila seorang wali cuba mengahwinkan anak perempuan di bawah jagaannya dengan lelaki yang tidak setaraf dengannya. Contohnya dari segi agama, keturunan dan sebagainya. Masalah ini juga timbul apabila seorang perempuan meminta dikahwinkan dengan lelaki yang tidak setaraf dengannya tetapi mendapat bantahan daripada walinya.



1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif tersendiri yang perlu direalisasikan bagi mencapai motif sebenar kajiam ini dilakukan. Di antara objektif yang digariskan ialah:

i) Untuk memenuhi syarat penganugerahhan Diploma Pengajian Islam (Syariah).
ii) Memahami konsep kafaah dengan lebih mendalam.
iii) Mengetahui kefahaman dan pengamalan responden terhadap konsep kafaah ini
iv) Mengetahui hikmah dan kesan pelaksanaan konsep kafaah ini.


1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotisis awal atau andaian yang dibuat oleh penulis dalam kajian ilmiah antaranya:

1. Responden kurang mengetahui tentang konsep kafa’ah ini.
2. Responden mengambil ringan tentang aspek kafa’ah ini.
3. Responden memandang Islam sebagai agama yang membeza-bezakan.




1.5 SKOP KAJIAN

Di dalam skop kajian ini, penulis telah memfokuskan kepada beberapa skop kajian bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Untuk menghasilkan kajian yang tidak tersasar, penulis telah memilih beberapa orang di Kota Tinggi sebagai sasaran utama bagi mengkaji pemahaman dan pengamalan masyarakat Kota Tinggi terhadap konsep kafaah ini.

Dalam semua sumber ini akan dirujuk melalui kajian lapangan iaitu sumber primer dan sekunder iaitu buku, akhbar, majalah, dan internet yang berkaitan dengan tajuk ini.


1.6 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Untuk menghasilkan penyelidikan atau kajian yang baik, metode yang sesuai dan tepat untuk penyelidikan perlu diaplikasikan. Tetapi jika sekiranya penyelidik menggunakan metode yang tepat maka ia akan menghasilkan kajian yang bermutu. Dalam rangka untuk mendapatkan data-data dan fakta-fakta penulis telah menggunakan beberapa metode, di antaranya ialah:
i) Metode penentuan subjek
ii) Metode pengumpulan data
iii) Metode penganalisis data.
1.6.1 METODE PENENTUAN SUBJEK

Dalam penyelidikan ini, penulis telah menentukan kafaah dari sudut pemahaman dan pengamalannya di kalangan responden. Penulis merasakan betapa pentingnya kafaah ini bagi perjalanan dalam kekeluargaan seharian berjalan lancar tanpa wujud masaalah.

Ada juga di kalangan responden berangapan bahawa kafaah ini tidak penting berbanding cinta dan kasih sayang, bahkan responden lebih tertumpu kekayaan, keturunan dan pekerjaan berbanding agamanya. Penulis beranggapan bahawa kafaah ini perlu di terapkan dalam hati dan dihayati.

Oleh itu kesedaran didalam diri agar memelihara keharmonian dan melaksanakannya sebagai hamba ALLAH yang beriman.


1.6.2 METODE PENGUMPULAN DATA

Metode ini merupakan pilihan metode-metode yang sesuai dalam proses pembikinan latihan ilmiah ini. Khususnya dalam usaha mengumpulkan data yang berkaitan dengan subjek. Penulis telah menggunakan beberapa jenis metode bertujuan agar kajian ini mempunyai nilai dan mutu. Di antara metode yang digunakan ialah:

i) Metode Dokumentasi
ii) Metode Perpustakaan
iii) Metode Soal Selidik


1.6.2.1 METODE DOKUMENTASI

Metode ini adalah salah satu cara pengumpulan data dengan melakukan data dengan melakukan kajian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang hendak dikaji. Di antara dokumem-dokumen yang penulis gunakan ialah seperti buku-buku ilmiah, majalah, jurnal-jurnal, kertas kerja, latihan ilmiah, tesis dan juga internet. Ini adalah sebagaimana yang dirasakan penting dan ada hubungan dengan tajuk yang dibahaskan.

Metode ini juga telah digunakan bagi mengumpul data-data mengenai sejarah-sejarah dan perkembangan Kota Tinggi. Ianya juga digunakan bagi mengetahui tentang objektif ataupun matlamat daerah itu.


1.6.2.2 METODE PERPUSTAKAAN

Metode ini adalah salah satu cara bagi memperolehi keterangan atau menghuraikan maklumat yang diperlukan. Dengan kaedah ini penulis telah mendapat bahan rujukan dan data-data daripada buku-buku ilmiah, majalah, jurnal, keratan akhbar dan juga internet. Kajian dibuat adalah berdasarkan teks majalah itu sendiri yang mempunyai bermacam-macam informasi di dalamnya yang berkaitan dengan kajian yang hendak dibuat oleh penulis. Antara perpustakaan yang telah penulis kunjungi bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan ialah:

i) Perpustakaan KUIS.
ii) Perpustakaan Awam Negara, Kuala Lumpur.
iii) Perpustakaan Awam Islam, Kuala Lumpur.
iv) Perpustakaan Awam Daerah Kota Tinggi, Johor.


1.6.2.3 METODE SOAL SELIDIK

Metode ini adalah antara salah satu pengisian yang penting bagi mengumpul data yang tidak diperolehi melalui metode dokumentasi atau metode perpustakaan. Metode ini adalah dimana penulis menyediakan beberapa soalan (soal selidik) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Ianya digunakan bagi mendapatkan maklumat dikalangan responden mengenai kafaah dalam perkahwinan yang telah mereka pelajari. Soalan-soalan yang terkandung di dalam soal selidik merangkumi tentang kefahaman dan masalah yang dihadapi oleh responden.


1.6.3 METODE PENGANALISIS DATA

Bagi menghasilkan data-data yang tepat dalam penyelidikan ini, penulis telah membuat penilaian terhadap data-data tersebut. Antara metode yang telah digunakan ialah:

i) Metode Induktif
ii) Metode Deduktif
iii) Metode Komparatif

1.6.3.1 METODE INDUKTIF

Dengan metode ini, penulis akan menganalisis data-data yang tepat melalui pola berfikir untuk mencari bukti dari hal-hal yang bersifat khusus dan untuk sampai kepada dalil umum.

1.6.3.2 METODE DEDUKTIF

Dalam kajian ini penulis telah menggunakan metode deduktif untuk menganalisis dan melakukan penulisan yang berdasarkan kepada pembuktian dengan berteraskan pada bukti-bukti umum terhadap hal-hal yang bersifat khusus.



1.6.3.3 METODE KOMPARATIF

Metode komparatif merupakan proses membuat keputusan terhadap data yang diperolehi. Segala data, fakta dan pendapat yang diperolehi dikumpulkan kemudian dibuat perbandingan yang saksama seterusnya akan dibuat kesimpulan. Penulis telah menggunakan metode ini didalam bab dua dan bab tiga untuk membuat perbandingan terhadap fakta dan analisis yang diperolehi hasil daripada pengumpulan data kajian ini.
















BAB DUA

PENGENALAN KONSEP KAFAAH

2.1 PENGENALAN

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri merupakan asas dalam membina keluarga muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam. Persoalan sekufu atau kafa’ah tidak boleh dilihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri. Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global.

Dalam isu kafa’ah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting. Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan jantung kepada masyarakat. Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya.

Keluarga memainkan peranan penting dalam Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan.


2.2 DEFINISI KAFAAH

Pengertian kafaah dari segi bahasa menurut kamus dewan ialah setara, seimbang dan sama kedudukan dan darjat.

Kufu dalam perkahwinan bermaksud persamaan antara lelaki dan perempuan yang berkahwin . Kufu dari sudut agama sangat dititikberatkan. Maka oleh itu adalah tidak sah satu perkahwinan seorang perempuan Islam dengan lelaki kafir mengikut pendapat kesemua ulama. Persamaan kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumah tangga yang sejahtera dan harmoni . Lazimnya ukuran kufu tertumpu kepada persoalan paras wajah atau status sosial. Tetapi menurut pengertian yang luas merangkumi semua dari segi keturunan, merdeka, Islam, pekerjaan dan kekayaan.

Dalam erti kata yang lain, kufu ini adalah persamaan taraf atau sepadan iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara calon suami dan calon isteri .

Sabda Rasulullah s.a.w :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ لَهُ يَا ‏ ‏عَلِيُّ ‏ ‏ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا الصَّلَاةُ إِذَا ‏ ‏أَتَتْ ‏ ‏وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ‏ ‏وَالْأَيِّمُ ‏ ‏إِذَا وَجَدْتَ لَهَا ‏ ‏كُفْئًا. ‏
( سنن الترمذى) ‏

Maksudnya :

“Rasulullah s.a.w. berkata : Hai Ali, tiga perkara jangan engkau lambatkan, iaitu sembahyang apabila sampai waktunya dan jenazah apabila seorang itu telah mati, dan perempuan apabila dilamar oleh lelaki yang kufu ”.

Ciri-ciri jodoh yang ideal di antara calon suami dan isteri hendaklah tidak mempunyai jurang perbezaan yang jauh dari segi status sosial kerana ciri ini akan melahirkan kerelaan dan saling hormat menghormati antara suami dan isteri dan memutikkan cinta kasih dan setia dalam membina hidup berkeluarga di masa hadapan. Jurang perbezaan yang jauh akan melahirkan rasa rendah diri dari satu pihak dan rasa bangga diri di pihak yang lain.
Oleh kerana itu sebahagian mazhab mensyaratkan supaya antara calon suami dan isteri hendaklah sekufu, tidak ada jurang perbezaan status sosial antara keduanya.


2.2.1 PENGERTIAN KUFU YANG SESUAI

Sememangnya untuk memperoleh jodoh yang sesuai atau ideal secara kokrit hendaklah meliputi perwajahan yang yang lengkap, tampan, cantik berketurunan dari orang yang baik-baik, mempunyai kekayaan yang cukup, keagamaan yang bagus, namun ianya bukanlah persoalan yang mudah. Apatah lagi jika ditambah satu lagi ukuran iaitu mempunyai kecekapan di bidang pengetahuan , menampakkan ia semakin jauh dari realiti .

Oleh kerana itu, jika sesaorang perempuan yang memerhatikan lelaki yang mempunyai kepandaian, tetapi tidak kaya dan kurang tampan, itu sudah cukup ideal bagi perempuan yang memiliki kecantikan dan tidak dari segi metarialnya. Contoh yang lain, seorang perempuan yang kurang cantik tetapi memiliki status sosial yang baik dan dari keturunan yang baik pula, cukup ideal mendapat lelaki yang baik dan pandai sekalipun tidak tampan. Itulah salah satu bentuk sekufu dan ideal bagi suatu pernikahan. Ini di sebabkan jika ukuran lain yang dicari, maka jelas teramat sukar.


2.3 OBJEKTIT KAFA’AH DALAM PERKAHWINAN

Ikatan perkahwinan yang sekufu yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan, apabila di lihat dari status sosialnya, berkemungkinan boleh berkembangnya ikatan kasih dan sayang. Apabila kemungkinan itu tidak dapat dicapai, maka tidaklah kedua-dua pasangan tersebut mengharapkan terjadinya perkahwinan tersebut. Itulah sebabnya Nabi Muhamad s.a.w menyatakan pentingnya atau paling tidak sebaiknya seorang lelaki melihat terlebih dahulu seorang perempuan sebelum mengahwininya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ الْمَرْأَةَ فَإِنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى مَا ‏ ‏يَدْعُوهُ ‏ ‏ إِلَى نِكَاحِهَا فَلْيَفْعَلْ ‏
(سنن أبي داوود)

Maksudnya:

"Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Bila seorang di antara kamu akan meminang seorang wanita,maka apabila mungkin ia melihat daripadanya apa-apa yang menarik akan mengahwininya, maka lakukanlah ”.

Hal ini menerangkan bagaimana syariah menekankan kesesuaian kufu ini. Perkahwinan diantara pasangan-pasangan yang tidak kufu tidak disetujui. Bila seorang lelaki dan seorang perempuan berasal dari keluarga yang mempunyai pandangan yang saling hampir sama dalam hal moral, agama, kelakuan sosial dan cara-cara mengatur rumah tangga dalam keadaan sehari-harinya, maka mereka itulah yang selayaknya akan mengembangkan ikatan cinta dan kasih sayang. Perkahwinan mereka ini menjadikan hubungan kedua-dua keluarga itu menjadi akrab .

Di pihak yang lain, apabila kedua keluarga itu hanya mempunyai sedikit kesamaan, kemungkinan yang lebih besar adalah bahawa baik dalam kehidupan rumah tangga mahupun dalam hubungan perasaan mereka, pasangan ini akan gagal untuk menyesuaikan diri dengan perangai masing-masing. Walaupun pasangan itu rasa mencintai, harapan untuk mengakrabkan keluarga-keluarga mereka sangat kecil.


2.4 CIRI-CIRI ASAS KAFA’AH MENURUT PANDANGAN EMPAT MAZHAB.

Para ulama dalam empat mazhab menggariskan beberapa bidang kufu yang difikirkan perlu untuk di ambil kira sebagai kufu, antaranya ialah keterunan, agama, merdeka dan pekerjaan. Manakala dalam bidang tidak mempunyai keaiban disarankan oleh mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali dan bidang kekayaan pula diambil kira oleh mazhab Hanafi dan Hanbali .




Bidang pertama : Keturunan.

Bidang ini diambil kira kerana sesetengah masyarakat terutamanya masyarakat Arab bermegah-megah dengan keturunan mereka.oleh itu,keturunan dikira sebagai kufu. Bahkan jika berlaku juga dalam masyarakat bukan Arab mereka bermegah-megah dengan keturunan maka boleh dikira keturunan sebagai kufu, berdasarkan hadith Rasullah s.a.w.

1- Khabar Muslim daripada Rasulullah s.a.w :

إِنَّ اللَّهَ ‏ ‏اصْطَفَى ‏ ‏كِنَانَةَ ‏ ‏مِنْ وَلَدِ ‏ ‏إِسْمَعِيلَ ‏ ‏وَاصْطَفَى ‏ ‏قُرَيْشًا ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كِنَانَةَ ‏ ‏وَاصْطَفَى مِنْ ‏ ‏قُرَيْشٍ ‏ ‏بَنِي هَاشِمٍ ‏ ‏وَاصْطَفَانِي مِنْ ‏ ‏بَنِي هَاشِمٍ ‏
( رواه ومسلم)

Maksudnya :

“Rasulullah s.a.w. telah memilih Kinanah daripada keturunan Nabi Ismail a.s. dan memilih Quraisy daripada Kinanah dan memilih bani Hasyim daripada Quraisy dan memilih aku daripada Bani Hasyim .”

2 -Pendapat Imam Syafie.
i. Kelebihan keturunan yang baik bagi seseorang itu ialah kerana masyhur dan bertakwa, berdasarkan firman Allah S.W.T :


  

Maksudnya : “Dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh.”

Al-Kahfi (18): 82

ii. Kemegahan dan kehinaan sesaorang terhenti di atas keturunan, kehinaan akan terkena keluarga perempuan sebab berkahwin dengan lelaki yang tidak setaraf denganya. Oleh itu keturunan adalah diambil kira sebagai kufu dalan perkahwinan.

Bidang kedua : Agama.

Bidang agama ialah mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan beramal dengan ajaran tersebut dengan sempurna. Seseorang lelaki yang fasiq tidak kufu dengan perempuan yang baik, berdasarkan firman Allah S.W.T :

         

Maksudnya : “ (jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).”
As-Sajdah (32): 18




•       •            

Maksudnya : “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
An-Nuur (24): 3


Mereka yang fasiq tidak akan diterima kesaksian serta tidak terjamin diri dan hartanya. Allah S.W.T menarik balik kuasa yang diberi kepada mereka yang fasiq, mengikut mazhab Hanbali. Mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa seorang perempuan yang mengahwinkan dirinya dengan lelaki yang fasiq membolehkan walinya membatalkan perkahwinan itu kerana kemegahan sesaorang itu dengan agamanya adalah lebih berhak daripada mermegah sesaorang yang bermegah dengan keturunan dan kemerdekaan serta kekayaan. Keaiban yang lahir dengan sebab perkahwinan dengan mereka yang fasiq adalah sangat ketara.

Mazhab Maliki menyatakan bahawa berkahwin dengan lelaki fasiq, sama ada perkahwinan itu dilakukan oleh bapa perempuan itu sendiri atau wali-wali lain, maka perkahwinan itu tidak sah dan wali-wali lain yang bertanggungjawab terhadap perempuan itu wajib membatalkan perkahwinan tersebut jika belum berlaku persetubuhan. Tetapi jika sudah berlaku persetubuhan wali tidak berhak membatalkan perkahwinan tersebut. Bahkan jika berlaku perkahwinan dengan lelaki fasiq menggugat keselamatan perempuan, qadi atau hakim berhak membatalkan perkahwinan yang berkenaan walaupun dengan persetujuan perempuan itu dan direstukan oleh walinya. Tindakan hakim sedemikian adalah untuk menjaga hak Allah S.W.T yang mesti diutamakan dan tidak memandang kepada hak perempuan dan walinya.

Bidang ketiga : Pekerjaan

Pengukuran kufu dalam bidang pekerjaan ini dikira pada pekerjaan seseorang yang mempunyai pekejaan yang lebih rendah tidak kira dengan perempuan yang bapanya mempunyai pekejaan yang lebih mulia. Penilaian ini terhenti diatas adat sesebuah masyarakat. Kemungkinan sesuatu pekejaan itu dipandang mulia pada pandangan sesetengah masyarakat, tetapi pekejaan sama dipandang hina oleh masyarakat lain. Keadaan ini akan berubah dari masa ke semasa. Sesuatu pekejaan dipandang hina pada suatu masa, kemudian berubah pandangan masyarakat, mereka memandang pekejaan yang sama pada masa yang berlainan. Oleh itu, pekerjaan adalah diambil kira sebagai salah satu bidang kufu dalam perkahwinan.

Bidang keempat : Merdeka.

Seseorang hamba tidak kufu dengan perempuen yang merdeka. Kerana perhambaan itu adalah kesan-kesan daripada kekufuran dan kehinaan. Oleh yang demikian, merdeka adalah diambil kira sebagai salah satu bidang kufu, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
قال رسول الله صلى عليه وسلم لبريرة حين عتقت تحت عبد لوراجعتيه قالت رسول الله أتأمرنى قال أنا شفيع قالت فلا حاجة لى فيهز
(رواه البحارى)

Maksudnya :

”Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Barirah semasa beliau dimerdekakan, sedangkan suaminya masih lagi seorang hamba: Mahukah kamu kembali kepada (suami kamu)? Jawab Barirah : Adakah kamu perintahkan aku? Jawab Baginda : Aku hanya memberi cadangan. Jawab Barirah : Maka aku tidak perlu padanya (suami).”

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w. telah memberi kuasa penentu kepada Barirah sebagai seseorang isteri yang merdeka sedangkan suaminya seorang hamba, sama ada ingin meneruskan atau memfasakhkan perkahwinan tersebut semasa beliau dimerdekakan. Hamba mempunyai sifat-sifat kekurangan dan kemudaratan yang ketara dan suami yang masih hamba tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada isteri yang merdeka, kerana sibuk dengan tugas-tugas tuannya, bahkan tidak dapat memberi nafkah kepada isteri dan anaknya.
Ketiadaan kufu dalam perkahwinan tidak membatalkan perkahwinan, hanya memberi kuasa pilihan kepada isteri untuk menentukan perkahwinan tersebut, sebagaimana Hadis diatas.

Bidang kelima : Kekayaan.

Mazhab Hanafi dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali menyatakan bahawa kekayaan adalah diambil kira sebagai salah satu bidang kufu dalam perkahwinan. Seseorang yang kaya itu adalah yang mampu menyediakan mas kawin dan nafkah kepada isterinya, berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمََ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ ‏ ‏حَيْنَ أَخْبَرَتْهَُ أَن مُعَاوِيَةَ خَطَبَهَا وَأَمَّا ‏ ‏مُعَاوِيَةُ ‏ ‏فَصُعْلُوكٌ ‏ ‏لَا مَالَ لَهُ
(رواه الترمذى)

Maksudnya :

“Rasulullah s.a.w. berkata kepada Fatimah binti Qais semasa beliau meminnta pandangan Rasulullah s.a.w. tentang pinangan yang dibuat oleh Mu’awiyah terhadapnya: Mu’awiyah seorang yang miskin dan tidak mempunyai harta .”

Hadith di atas telah mengambil kira kekayaan sebagai satu syarat perkahwinan. Seseorang perempuan yang kaya dan mempunyai berbagai-bagai kemudahan akan menerima kemudaratan, jika berkahwin dengan lelaki yang tidak mampu menyediakan nafkah dan kemudahan-kemudahan lain untuk isteri dan anak-anaknya. Kecuaian atau ketidakmampuan menunaikan tanggungjawab tersebut memberi peluang kepada isteri untuk menuntut fasakh perkahwinan di mahkamah atas alasan suami tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.

Kemiskinan bukanlah suatu perkara yang penting, samalah dengan sakit yang menunggu sembuh begitu juga miskin menunggu kaya. Tetapi yang dimaksudkan dengan kekayaan di sini adalah sekadar mampu menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuan masing-masing.

Bidang keenam : Tiada Ke’aiban

Mazhab Maliki dan Syafie menyatakan bahawa yang dimksudkan dengan tiada ke’aiban yang membolehkan suami atau isteri menuntut fasakh di mahkamah seperti gila, berpenyakit kusta, buta, tiada alat sulit, sama ada keaiban tersebut pada pihak lelaki atau pihak perempuan. Tiada ke’aiban dikira sebagai satu bidang kufu kerana mereka yang sihat tidak berkemungkinan boleh hidup dengan baik bersama mereka yang mempunyai ke’aiban tersebut. Manakala mazhab Hanbali pula menyatakan bahawa bidang ini tidaklah dikira sebagai syarat kufu yang boleh membatalkan perkahwinan. Tetapi hanya disabitkan kuasa penentu kepada pihak isteri menilai sama ada perkahwinan itu patut diteruskan atau sebaliknya. Kuasa penentu ini tidak diberi kepada wali perempuan itu kerana kemudaratan ini akan terlibat dengan perempuan itu sendiri .


2.5 PANDANGAN DAN PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA TENTANG MASALAH KUFU.

Seperti kita sedia maklum, kufu ini bukanlah dari syariat Islam. Kufu ini juga adalah satu aturan hidup dari manusia sendiri untuk menjamin kemaslahatan hidup mereka. Oleh kerana itulah terdapat perselisihan ulama tentang masalah kufu ini. Ada sebahagian ulama yang menyokong konsep kafaah ini iaitu dengan menjadikan kufu ini sebagai satu syarat unutk berumah tangga dan ada yang berpendapat tidak perlunya kufu untuk mendirikan rumahtangga kecuali dari segi agama dan akhlaknya sahaja berdasarkan dalil-dalil dan hujah mereka .

Pendapat pertama.

Mazhab Hanafi menyatakan bahawa kufu adalah syarat untuk meluluskan akad perkahwinan yang dilakukan oleh perempuan. Wali berhak meluluskan atau memfasakhkan perkahwinan tersebut jika dilakukan dengan lelaki yang tidak sekufu. Berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w. :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ ‏ ‏عَرِيضٌ ‏
( رواه ابن ماجه)

Maksudnya:

“ Rasullullah bersabda: apabila datang kepada kamu mereka yang berakhlak mulia dan beragama, maka kahwinkanlah mereka. Jika kamu tidak melakukan demikian akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ini .”

Kufu adalah syarat untuk meluluskan akad perkahwinan dan perkahwinan digalakkan dengan orang yang sekufu. Kufu adalah untuk kepentingan suami isteri dalam membentuk keluarga bahagia kerana ikatan perkahwinan adalah ikatan sepanjang hayat. Pembentukan keluarga bahagia tidak akan tercapai tanpa persamaan antara suami isteri. Isteri yang mempunyai kedudukan yang tinggi tidak sesuai bersuamikan lelaki yang mempunyai taraf yang lebih rendah daripadanya. Oleh itu, kufu diambil kira oleh pihak perempuan dalam perkahwinan, supaya keaiban dapat dielakkan daripada menimpa keluarga perempuan. Berlainan pula di pihak lelaki, keaiban tidak terkena pihak lelaki, jika berkahwin dengan perempuan yang lebih rendah tarafnya kerana kaum lelaki boleh mengangkat taraf isterinya mengikut kedudukan suami. Perempuan yang berkahwin dengan lelaki yang tidak kufu memberi peluang kepada walinya untuk membatalkan perkahwinan tersebut kerana perkahwinan itu memberi keaiban kepada keluarganya.

Pendapat kedua

Mazhab Maliki dan satu riwayat daripada Imam Ahmad menyatakan bahawa kufu adalah syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan. Setiap akad perkahwinan yang tidak mengambil kira kufu maka perkahwinan itu dikira tidak sah.

Ulama mazhab Maliki menambah bahawa perkahwinan yang berlaku dengan lelaki fasiq sama ada perkahwinan itu dilakukan oleh bapa perempuan itu sendiri atau wali-wali lain, maka perkahwinan itu adalah tidak sah dan orang lain yang bertanggungjawab terhadap perempuan itu wajib memfasakhkan perkahwinan itu. Jika belum berlaku persetubuhan ataupun kadi atau hakim wajib memfasakhkan perkahwinan tersebut jika fasiq itu membahayakan keselamatan perempuan itu, walaupun perkahwinan tersebut dipersetujui oleh perempuan dan walinya. Tindakan itu diberi oleh syarak kepada hakim atau kadi adalah untuk menjaga hak Allah S.W.T kerana keselamatan hambanya mendahului hak perempuan dan walinya.

Jika berlaku perkahwinan dengan lelaki yang tidak kufu atas persetujuan walinya, kemudian berlaku perceraian raji’e atau perceraian ba’in, selepas itu mereka ingin kembali semula sebagai suami isteri. Pada masa itu wali tidak berhak menghalang mereka untuk kembali sama ada secara merujuk kembali atau melalui proses akad perkahwinan baru.

Pendapat ketiga

Mazhab Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal menyatakan bahawa kufu atau persamaan bukanlah sebagai syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan. Kufu hanya diambil kira dalam perkahwinan untuk mengelakkan keluarga perempuan daripada menerima suatu keaiban. Kufu adalah menjadi hak wali dan perempuan dan mereka berhak mengugurkan hak mereka.

Mazhab Syafie menyatakan setiap perempuan yang dikahwinkan oleh bapanya atau wali-wali lain yang setara dengan lelaki yang tidak kufu atas persetujuan perempuan, maka perkahwinan itu adalah sah, kerana kufu adalah hak mereka.

Manakala satu riwayat dari ImamAhmad pula menyatakan bahawa kufu adalah hak perempuan dan walinya. Jika berlaku perkahwinan tanpa mendapat persetujuan mereka yang berhak, maka mereka yang tidak bersetuju berhak memfasakhkan perkahwinan itu, berdasarkan Hadith Rasulullah s.a.w :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏ إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ
(رواه الترمذي)

Maksudnya:

“ Jika datang kepada kamu orang yang kamu redhai akan agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia, kerana jika kamu tidak berbuat demikian, maka terjadilah satu fitnah dan kerosakkan di muka bumi ini ”.

Kufu bukanlah syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan, jika kufu sebagai syarat maka syarat tersebut diwajibkan ketika akad. Sedangkan akad tanpa kufu adalah sah, tetapi akad tanpa persetujuan mereka yang berhak sama ada lelaki atau perempuan adalah tidak sah. Oleh itu kufu bukanlah syarat untuk mengesahkan akad perkahwinan dan kufu hanya diambil dalam perkahwinan untuk mengekalkan ikatan perkahwinan itu.

Pendapat keempat

Ibnu Hazm tokoh mazhab Al-Zahiri menolak sebarang kufu dalam perkahwinan. Beliau berkata, “Mana-mana orang Islam yang selama ia bukan penzina berhak mengahwini mana-mana wanita Islam selama ia tidak berzina. Semua umat islam adalah bersaudara. Tidak haram bagi anak lelaki bagi seorang wanita Zanji yang tidak dikenal keturunannya mengahwini putri khalifah yang berketurunan Hasyim....... dan seorang muslim yang terlalu fasiq (sekalipun) selama ia bukan penzina adalah layak bagi wanita fasiq selama ia bukan penzina”.

Dalil-dalil antara lain adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :

       •    

Maksudnya : “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Al-Hujuraat (49) : 10

Dan firman Allah S.W.T lagi:
                              

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”.
An-Nisaa’ (4) : 3


2.6 PANDUAN ISLAM TERHADAP KAFA’AH

Sebagai sebuah agama yang sempurna, Islam mempunyai panduan-panduan dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai sendiri dalam perihal memilih jodoh. Prinsip-prinsip tersebut sesuai dengan prinsip-prinsip umum Islam tentang keluarga dan masyarakat. Dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai itu, Islam percaya keluarga yang bakal dibina akan menemui kebahagiaan buat selama-lamanya.

Islam menggalakkan calon lelaki memilih agama daripada perkara yang direbutkan oleh manusia iaitu harta, kedudukan, kecantikan serta agama.

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis menyebut beberapa nilai lain yang perlu diambil kira. Mengikut Ibnu Hajar, antara nilai-nilai berkenaan adalah pandai bergaul dengan suami, tahu menjaga dan menyayangi anak, amanah serta tidak membazir dalam berbelanja.

Ini bererti bahawa antara nilai yang perlu diambil kira dalam memilih bakal isteri ialah komited terhadap agama, rupa paras, kedudukan keluarga, akhlak dan budi perkerti, kemampuan mendidik dan menjaga anak-anak dan juga menjaga rumah termasuk hal-hal perbelanjaan dan sebagainya.

Sebenarnya perempuan yang kurang beragama berkemungkinan akan menghabiskan harta suaminya dengan melakukan pembaziran kerana tidak pandai mengurus kewangan keluarganya dengan baik. Mungkin juga dia akan menyeleweng dengan menduakan suaminya. Oleh sebab itu, para ulama Islam mencadangkan agar memilih perempuan miskin yang beragama daripada yang kaya dan kurang beragama dalam mencari pasangan hidup .

Menurut Imam Al-Ghazali terdapat lima perkara yang perlu ditangguh oleh sesiapa sahaja mengahwini perempuan kaya iaitu mas kawin yang tinggi dan mahal sampai ke peringkat yang membebankan, perbelanjaan kenduri yang besar, hilang khidmat isteri, banyak memberi nafkah dan tidak mampu menceraikannya kerana takut kehilangan harta.bagaimanapun tidak perlulah dikelirukan dengan pandangan sesetengah orang dalam masyarakat kita yang mentafsirkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w dengan suatu kesimpulan iaitu menolak segala nilai-nilai dan hanya memilih nilai agama sahaja. Menurut Imam Al-Ghazali lagi, gesaan agar memilih agama dan bukannya kecantikan paras rupa tidak perlu diberikan perhatian langsung. Sebaliknya kecantikan juga penting asalkan tidak membelakangkan nilai-nilai keagamaan. Ini berdasarkan terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w yang menyatakan keseronokan yang paling baik sekali ialah perempuan yang solehah.
Menurut para ulama, antara rasa keseronokan itu ialah kecantikan rupa parasnya. Walaubagaimanapun jika terpaksa membuat pilihan, maka pilihlah seseorang yang beragama tanpa kelebihan rupa paras seperti yang dinyatakan sebelumnya. Begitulah juga jika dibandingkan dengan persoalan atau nilai-nilai lain selain daripada agama.
Menilai aspek kekeluargaan pihak perempuan yang bakal dipilih sebagai pasangan hidup adalah sangat penting untuk menjaga kebaikan anak cucu serta keturunan. Ini adalah kerana baka yang baik akan turun dari kalangan orang-orang yang baik.

Antara aspek lain yang perlu diambil kira ialah kesuburan iaitu kemampuannya untuk melahirkan anak. Jika sudah pasti calon itu mandul, sebaik-baiknya jangan dipilih.

Di samping itu, keutamaan hendaklah diberikan kepada anak gadis lebih daripada janda. Ini adalah kerana anak gadis akan lebih bermanja dari janda. Satu nilai yang telah disebut oleh para ulama iakah mengelakkan daripada berkahwin dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan sebagainya. Ini akan melahirkan zutiat yang lemah.

Dalam memilih bakal isteri perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah keagamaan, akhlak dan budi perkerti kerana dalam jangka masa yang lama hanya nilai-nilai tersebut yang tidak akan luntur buat selama-lamanya. Setelah nilai-nilai tersebut sempurna, barulah nilai-nilai lain dapat dipertimbangkan mengikut selera seseorang itu.



2.7 HAK KUFU DAN WAKTU BERLAKUNYA KUFU

Ulama telah menggariskan hak-hak kufu dan hak itu diberikan kepada perempuan dan walinya. Ulama juga menggariskan waktu berlakunya kufu iaitu apabila berlangsungnya akad nikah. Setiap pasangan yang ingin mencari pasangan hidup mereka yang sekufu hendaklah sebelum berlangsungnya akad nikah.


2.7.1 KUFU ADALAH HAK PEREMPUAN DAN WALINYA.

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa kufu adalah hak wanita dan walinya . Wali tidak boleh mengahwinkan perempuan dengan orang yang tidak sekufu kecuali apabila yang bersangkutan itu redha. Jika tidak maka perkahwinan itu tidak sah sebab tindakan itu dapat menimbulkan rasa malu bagi wanita yang menjalani pernikahan tersebut. Demikian juga pada para walinya, kerana perkahwinan yang tidak sekufu akan membuat malu semua walinya, maka perempuan itu tidak boleh dikahwinkan kecuali dengan persetujuan para wali. Apabila perempuan dan walinya telah redha maka perkahwinan boleh dilaksanakan.sebab mencegah perkahwinan adalah hak wali, apabila mereka telah bersetuju maka hilanglah halangan untuk berkahwin.



2.7.2 WAKTU BERLAKUNYA KUFU.

Kufu dinilai pada waktu terjadinya akad nikah. Apabila keadaan berubah sesudah terjadinya akad nikah maka ia tidak mempengaruhi akad, kerana syarat akad diteliti pada waktu akad. Apabila seseorang pada waktu akad mempunyai pencarian yang terhormat, mampu memberi belanja atau orang salih, kemudian berubah menjadi hina, tidak sanggup memberi nafkah atau fasik terhadap Allah dan semuanya itu terjadi setelah pernikahan maka akadnya tetap berlaku. Kerana masa akan berubah dan manusia tidak selama-lamanya berkeadaan tetap. Bagi pihak perempuan yang sudah menerima keadaan itu. Bersabar dan bertakwa adalah sebaik-baik perkara.


2.8 SEBAB-SEBAB DAB KESAN DARIPADA KUFU.

Tidak boleh dinafikan bahawa kriteria yang sedarjat atau sebanding menjadi salah satu faktor berbanding hidup berumah tangga, walaupun sifatnya tidak sempurna. Kerana sebuah pernikahan bukan saja penyatuan diantara seorang lelaki dan perempuan, tetapi lebih dari itu. Ia merupakan sebuah hubungan suci yang mana menyatukan dua buah keluarga besar dari kedua-dua belah pasangan. Sehingga suatu kebahagiaan dan keharmonian dalam pernikahan dipengaruhi oleh keadaan dan komunikasi dari kedua-dua belah keluarga besar tersebut.

Melihat kepada kriteria pernikahan sekufu, maka dapat diringkas sebab dan kesan daripada sekufu adalah sebagai berikut :

1. Memiliki Kualiti Akhlak Yang Sama.

                •   

Maksudnya : “(lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.
An-Nuur (24): 26


Ayat ini menegaskan bantahan terhadap kaum munafik yang telah menuduh Siti Aisyah r.a. telah berzina. Ayat ini juga menegaskan bahwa wanita-wanita yang baik akhlaknya hanya sesuai untuk lelaki-lelaki yang akhlaknya baik-baik sahaja. Ia membawa maksud seseorang akan berkahwin dengan seorang yang mempunyai kualiti akhlak yang sama. Apabila diri kita masuk kedalam kategori golongan yang baik-baik maka kita akan berjodoh dengan orang yang baik-baik. Inilah sekufu dalam sudut pandang akhlaknya. Namun yang demikian, yang boleh mengukur atas kadar kualiti akhlak seseorang bukanlah manusia, tetapi Allah S.W.T Manusia hanyalah mengetahuinya dari ciri-ciri seseorang dan perbuatannya.

Realitinya , seseorang akan bertemu jodoh di tempat dimana mereka lebih banyak berada. Sebagai contoh, seorang yang aktif di dalam sebuah majlis ilmu, kemungkinan untuk mendapatkan jodoh yang juga aktif di dalam sebuah majlis ilmu adalah sangat besar. Atau sebaliknya, seseorang yang sering berkunjung ke sebuah bar atau tempat-tempat hiburan, maka peluang untuk mendapatkan jodoh di tempat tersebut juga adalah sangat besar.

Oleh itu, untuk mendapatkan jodoh yang baik, sebaiknya dalam mencari jodoh kita lakukan di tempat-tempat yang baik dan lebih memanfaatkan waktu kita di tempat yang Allah S.W.T redhai. Dalam mendapatkan jodoh, seseorang lebih cenderung memilih orang yang baik baik, meskipun dirinya bukanlah orang yang baik-baik. Untuk itu bimbingan, sehingga seseorang dapat menilai terhadap dirinya sendiri, sejauh mana kualiti dirinya.

2. Sebagai Ujian Dari Allah S.W.T.

Walaupun terdapat sebahagian orang yang mendapat jodoh yang berpadanan dengan akhlaknya, tetapi terdapat juga orang yang mendapat jodoh yang tidak sepadan dengan akhlaknya. Kisah perkahwinan Siti Asiyah bersama Fir’aun dan Nabi Nuh a.s dan Luth a.s bersama isterinya merupakan contoh yang jelas.
Melihat dari perkahwinan tersebut, masing-masing mempunyai latar belakang yang dihiasi dengan peristiwa yang berbeza-beza. Perkara yang lebih penting adalah perkahwinan tersebut memberi hikmah yang sangat dalam. Kisah pernikahan Siti Asiyah bersama Fir'aun menunjukkan bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya yang kafir, tetapi di saat Siti Asiyah dihadapkan kepada pilihan, lebih setia kepada siapa antara kepada suaminya atau kepada Allah S.W.T, maka dengan yakin ia memilih kesetiannya kepada Allah S.W.T.

Kisah Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth a.s bersama isterinya menunjukkan penerapan hukum dari Allah S.W.T tidak memilih siapa. Tidak ada keistimewaan antara isteri nabi dengan yang lainnya. Siapa saja yang bersalah dan menentang hukum-hukum Allah S.W.T pasti akan diadili. Dan bagi seorang nabi pun tidak dapat memohonkan keampunan bagi isterinya yang derhaka kepada Allah S.W.T.

3. Perkahwinan Kerana Perintah Allah S.W.T Secara Terus.

Perkahwinan juga boleh terjadi kerana perintah dari Allah SWT secara terus. Ia dilihat seperti perintah Allah S.W.T kepada Rasulullah SAW untuk menikahi Ummahatul Mukminin Zainab binti Jahsy r.a.


         •             •   

Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.
Al-Ahzab (33): 36

Kisah perkahwinan tersebut sering dijadikan bahan untuk orientalis untuk mempersendakan Rasulullah s.a.w. Walhal perintah untuk menikahi Zainab binti Jahsy ini sebagaimana di ayat tersebut adalah dengan maksud supaya tidak ada masalah bagi orang mukmin untuk menikahi janda dari anak-anak angkat mereka yang sudah diceraikan. Dengan perkahwinan tersebut dapat menguatkan perintah agar seseorang tidak memberikan nasab nama anak angkatnya dengan ayah angkatnya sendiri, kerana status anak angkat itu hanya seperti layaknya saudara saja.

Dalam sebuah perkahwinan, seorang mukmin diperintahkan untuk menjaga keluarganya dari kesesatan di dunia yang menjerumuskan keluarganya ke neraka, sehingga sebuah perkahwinan yang ideal dapat di nikmati.



2.9 KESIMPULAN

Pendapat yang lebil sahih pada pandangan penulis ialah dalam sesetengah keadaan pandangan Imam Malik adalah tepat kerana hadis yang menjadikan keturunan sebagai kufu adalah tidak kuat.

Perlu diberi perhatian di sini, jika dilihat dari sudut yang lain. Dalam sesetengah keadaan, agama sahaja tidak mencukupi apabila di sana berlaku perbezaan yang besar dalam adat kebiasaan yang lahir daripada perbezaan suasana sekeliling yang besar di antara bakal suami isteri. Bakal suami kadang kala membesar dalam suasana miskin tetapi berpegang kuat pada agama dan berakhlak. Kemudian kehidupannya bertambah baik disebabkan ilmu dan kerja yang dilakukan. Dengan itu ia dikira sekufu dengan perempuan yang mempunyai kedudukan dan pangkat sekalipun dia berasal daripada golongan miskin selagi bakal suami telah membiasakan diri dengan suasana bakal isteri. Oleh itu, agama adalah perkara asas di samping wajib mengambil kira sesetengah sifat yang memberi kesan kepada hubungan suami isteri seperti perbezaan umur yang ketara. Untuk ikatan kasih sayang yang lebih lama, maka pemudi hendaklah berkahwin dengan pemuda.

Di sini tidak boleh bersandarkan perkahwinan Rasulullah s.a.w dengan Aisyah r.a yang ketika itu berusia enam tahun dan baginda tinggal sekali ketika beliau berusia sembilan tahun. Nabi s.a.w mempunyai beberapa keistimewaan khusus untuk baginda. Sekalipun baginda tua, tetapi baginda kelihatan seperti seorang pemuda dan mempunyai kekuatan luar biasa. Lebih-lebih lagi banyak kebaikan yang diperolehi oleh mana-mana pemudi yang berkahwin dengan baginda dan akan menjadi ummul mukminin. Dengan itu tidak harus berhujah dengan perkara yang menjadi keistimewaan khusus untuk Rasulullah s.a.w.

Mendekatkan jurang perbezaan usia adalah di antara perkara yang diterima akal yang boleh mengundang kasih sayang di antara suami isteri. Ini berbeza dengan perkahwinan pemudi dengan seorang tua yang lanjut usianya.















BAB TIGA

PEMAHAMAN DAN PENGAMALAN KONSEP KAFA’AH DIKALANGAN MASYARAKAT KOTA TINGGI

3.1 PENDAHULUAN

Islam pada dasarnya tidak memandang asal keturunan, bangsa dan warna kulit dalam menentukan jodoh, tetapi ramai di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia pada hari ini masih berpegang kuat kepada pendapat yang mengatakan bahawa pemilihan jodoh mestilah setara atau sepadan.


3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Dalam usaha mendapatkan data-data dan maklumat yang diperlukan, penulis telah mengedarkan borang soal selidik kepada 40 orang responden. Penulis hanya mendapatkan 25 orang responden lelaki dan 15 orang responden perempuan. Perangkaan responden yang sedikit adalah disebabkan penulis hanya melakukan kajian tinjauan. Peratusan responden lelaki berbanding dengan responden perempuan dapat dilihat di dalam jadual di sebelah:


Jadual 1: Peratusan responden lelaki berbanding perempuan.
Jantina Bilangan Peratusan
Lelaki 25 62.5%
Perempuan 15 37.5%
Jumlah 40 100%
Sumber : Borang Soal Selidik.

Melihat kepada peringkat umur responden pula, penulis telah mengedarkan borang soal selidik kepada pelbagai peringkat umur. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui pendapat golongan remaja, golongan dewasa dan golongan berumur terhadap latihan ilmiah penulis sama ada pendapat mereka berbeza atau tidak. Bilangan dan peratusan peringkat umur responden dapat dilihat di dalam jadual di bawah:

Jadual 2: Peratusan peringkat umur responden.
Umur Bilangan Peratusan
20-25 16 40%
26-30 16 40%
31-35 5 12.5%
36-40 3 7.5%
Jumlah 40 100%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Status responden adalah penting untuk penulis mengetahuinya kerana berdasarkan status inilah penulis dapat mengetahui perbezaan atau persamaan yang wajud diantara pemikiran bujang dan sudah berkahwin. Peratusan ini dapat dilihat seperti mana jadual 3 di bawah:

Jadual 3: Peratusan status responden.
Status Bilangan peratusan
Bujang 24 60%
Berkahwin 16 40%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Melihat kepada perkerjaan responden pula, penulis telah membahagikan kepada empat kategori iaitu berkerja sektor swasta, sektor kerajaan, berkerja sendiri dan belajar. Peratusan ini dapat dilihat di dalam jadual di bawah:

Jadual 4: Peratusan pekerjaan responden.
Pekerjaan Bilangan Peratusan
Swasta 2 5%
Kerajaan 14 35%
Berkerja sendiri 6 15%
Pelajar 18 45%
Sumber :Borang Soal Selidik.
3.3 FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN KONSEP KAFA’AH TERHADAP MASYARAKAT KOTA TINGGI.

Masyarakat Islam pada hari ini masih lagi melaksanakan konsep kafa’ah dalam mencari calon pasangan mereka. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan oleh penulis kepada 40 orang responden, penulis dapat membuat analisis bahawa terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pelaksanaan kafa’ah.

Melalui soal selidik yang dilakukan, antara faktor yang menyebabkan masyarakat masih lagi melaksankan kafa’ah ialah kerana mereka mengikut adat kebiasaan masyarakat di sini yang memilih pasangan hidup yang sepadan dengan mereka. Ia merupakan satu kelaziman di dalam setiap pasangan yang hendak berkahwin. Masyarakat merasakan kelainan sekiranya pasangan yang hendak berkahwin tidak sekufu atau tidak padan. Adat kebiasaan ini juga merupakan adat kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu Islam dahulu dan menjadi warisan sehingga ke hari ini. Melalui soal selidik yang dilakukan 80% responden menjawab bahawa pelaksanaan kafa’ah di dalam memilih pasangan dalam rumah tangga hanyalah berdasarkan adat kebiasaan masyarakat di sini. Antara faktor lain yang menyebabkan pelaksanaan kafa’ah ialah kesefahaman dan faktor yang menjamin kebahagian rumah tangga. Hal ini dapat dilihat melalui jadual di sebelah:



Jadual 5: Faktor pelaksanaan kafa’ah dalam masyarakat Kota Tinggi.
Faktor Pelaksanaan Kafa’ah Bilangan Peratusan
Adat kebiasaan masyarakat 32 80%
Memenuhi kehendak keluarga 2 5%
Menjamin kebahagiaan rumah tangga 24 60%
Menjamin kesefahaman 30 75%
Sumber :Borang Soal Selidik.


3.4 PEMAHAMAN MASYARAKAT TENTANG KEBAIKAN KONSEP KAFA’AH.

Setiap apa yang dilakuka pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya, begitu juga halnya dengan pelaksanaan konsep kafa’ah ini. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penulis mendapati sebanyak 90% responden mengetahui kebaikan melaksanakan kafa’ah ini dan hanya 5% yang tidak mengetahui kebaikan kafa’ah ini. Hal ini dapat dilihat di melalui jadual di sebelah:




Jadual 6: Peratusan masyarakat yang mengetahui kebaikan melaksanakan kafa’ah.
Masyarakat Yang Mengetahui Bilangan Peratusan
Ya 36 90%
Tidak 2 5%
Tidak pasti 2 5%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Jadual 7: Peratusan kafa’ah membawa kepada ketidakadilan.
Kafa’ah Menjurus Kepada Ketidakadilan Bilangan Peratusan
Ya 0 0%
Tidak 39 97.5%
Tidak pasti 1 2.5%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Melalui analisis yang dibuat, penulis mendapati bahawa responden yang menjawab mengetahui kebaikan melaksanakan kafa’ah . Tindakbalas dari responden ini menunjukkan sesuatu yang positif dan terbukti bahawa kafa’ah ini membawa kepada kebaikan. Antara kebaikan yang dinyatakan oleh responden ialah mendapat pasangan yang dapat mengharmonikan rumah tangga dan mendapat pasangan yang berkesefahaman tinggi yang membawa kepada keluarga bahagia.
Di dalam borang soal selidik, penulis telah menanyakan soalan pengukuhan bagi menguatkan pandangan mereka terhadap kafa’ah. Soalan tersebut adalah seperti berikut:

“Sekiranya kafa’ah tiada di dalam sesebuah perkahwinan, apakah tindakan yang terbaik untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri?”

Hampir 90% responden menjawab bahawa pasangan suami isteri perlulah bersangka baik dan berterus terang untuk mendapatkan pesefahaman. Ini menunjukkan bahawa responden memahami dan perihatin terhadap situasi yang berlaku. Sebahagian diantara responden menyatakan komunikasai yang baik akan mengelakkan berlakunya masalah dalam rumah tangga . Pengamalan gaya hidup Islam juga memainkan peranan penting bagi pasangan yang terlibat dalam situasi ini. Berikutan dengan ini penulis beranggapan bahawa kafa’ah ini dapat di lihat daripada adat kebiasaan masyarakat yang memilih pasangan yang ideal bagi mengelak dari masalah yang mendatang.


3.5 PENGAMALAN KONSEP KAFA’AH DALAM MASYARAKAT KOTA TINGGI.

Melalui soal selidik yang dijalankan penulis mendapati hampir keseluruhan masyarakat di sini memilih pasangan yang sesuai dengan diri mereka untuk berumah tangga. Hanya segelintir sahaja masyarakat yang beranggapan kafa’ah tidak berlaku di sini. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di dalam jadual di sebelah:
Jadual 8: Peratusan pelaksanaan kafa’ah di Kota Tinggi.
Pelaksanaan Kafa’ah Bilangan Peratusan
Ya 36 90%
Tidak 2 5%
Tidak pasti 2 5%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Begitu juga halnya dengan pelaksanaan kafa’ah dikalangan keluarga responden. 90% menyatakan “ya” dan selebihnya menyatakan “tidak” dan “tidak pasti”. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Jadual 9: Peratusan perlaksanaan kafa’ah terhadap anggota keluarga responden.
Keluarga Yang Melaksanakan Kafa’ah Bilangan Peratusan
Ya 36 90%
Tidak 2 5%
Tidak pasti 2 5%
Sumber :Borang Soal Selidik.

Merujuk kepada jadual di atas, ia menunjukan bahawa kafa’ah merupakan perkara yang penting dan perlu dititikberatkan dalam sesebuah perkahwinan. Secara tidak langsung responden telah melihat contoh yang baik didalam sesebuah perkahwinan. Jadual berikut pula menunjukan bukti bahawa responden meletakkan kafa’ah sebagai aspek yang penting dalam mencari pasangan yang sekufu.
Jadaual 10: Peratusan mencari pasangan yang sekufu.
Mencari pasangan sekufu Bilangan peratusan
Perlu 40 100%
Tidak perlu 0 0%
Tidak pasti 0 0%
Sumber :Borang Soal Selidik.


3.6 PEMAHAMAN MASYARAKAT TENTANG HUKUM MELAKSANAKAN KONSEP KAFA’AH.

Penulis telah meninjau sejauh mana pemahaman masyarakat Kota Tinggi mengenai hukum melaksanakan kafa’ah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 40 orang responden yang terdiri daripada remaja, dewasa dan warga yang berumur. Tujuan utama penulis mempelbagaikan responden kerana penulis berangapan ia akan mewakili seluruh masyarakat Kota Tinggi di sini.

Setelah membuat analisa, penulis mendapati masih ramai yang tidak mengetahui tentang hukum melaksanakan kafa’ah, ini kerana lebih kurang separuh ataupun 40% responden menjawab tidak pasti mengenai hukum pelaksanaan kafa’ah. Hanya 30% responden yang menjawab harus dan selebihnya menjawab sunat dan wajib. Ia dapat dilihat sepertimana jadual di sebelah:

Jadual 11: Peratusan pengetahuan tentang hukum pelaksanaan kafa’ah.
Hukum Peratusan peratusan
Wajib 2 5%
Sunat 10 25%
Harus 12 30%
Haram 0 0%
Makruh 0 0%
Tidak pasti 16 40%
Sumber :Borang Soal Selidik.














3.7 KESIMPULAN

Melalui dari apa yang didapati daripada bab ini, jelaslah bahawa pelaksanaan kafa’ah menjadi elemen yang penting dalam sesebuah perkahwinan di dalam masyarakat di sini. Masyarakat masih tidak mengetahui apakah hukum melaksanakan kafa’ah berikutan daripada kurangnya ilmu agama dan tidak mendapat pendedahan yang luas tentang perkara yang dilakukan. Pelaksanaan kafa’ah yang berlaku hanya berlandaskan kebiasaan masyarakat Islam kini. Masyarakat di sini tidak melaksanakan kafa’ah menurut kefahaman seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Kesimpulannya, semua amalan yang dilakukan haruslah diteliti terlebih dahulu sama ada ianya memenuhi kehendak yang di syariatkan Islam ataupun tidak. Tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan boleh membahagiakan perkahwinan kita sehingga ke akhir usia.









BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Melalui tinjauan yang dilakukan, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa masyarakat Islam di Kota Tinggi sangat mengambil berat dan berpegang kukuh pada pelaksanaan konsep kafa’ah untuk mencari calon pasangan hidup mereka. Mereka beranggapan konsep kafa’ah tersebut perlu dilaksanakan dan menjadi satu kemestian untuk mencapai matlamat hidup mereka. Pelaksanaan konsep ini juga merupakan adat kebiasaan masyarakat pada masa kini. Keadaan ini boleh dikatakan juga adat lama dan diwarisi turun-temurun masyarakat Melayu Islam. Adalah tidak wajar mereka tidak melaksanaan konsep kafa’ah ini yang menjadi kebiasaan pelaksanaannya pada masa kini. Tidak mungkin mereka sanggup meninggalkan konsep kafa’ah ini yang dilihat memberi jaminan kebahagiaan hidup mereka yang mengamalkannya.

Di sini penulis dapat merumuskan bahawa setiap pelaksanaan yang dilakukan berpunca daripada faktor kebiasaan masyarakat setempat dan untuk memperolehi kebahagiaan serta ia juga merupakan adat lama yang masih kekal diamalkan hingga ke hari ini. Penulis juga tidak menafikan bahawa sesetengah masyarakat di Kota Tinggi yang melaksanakan konsep kafa’ah ini kerana mereka tahu bahawa konsep ini telah digariskan oleh ulama-ulama untuk memilih pasangan hidup yang sesuai.
Seterusnya melalui tinjauan ini juga, penulis dapat membuat satu lagi kesimpulan bahawa disebabkan kekurangan kefahaman serta pengetahuan yang sangat sedikit tentang konsep kafaah ini, masyarakat di sini hanya mengikut apa yang dilakikan oleh orang-orang dahulu tanpa mengetahui tujuan sebenar mengapa ia dilaksamakan. Contohnya mereka mencari pasangan-pasangan yang sempurna agama dan baik akhlaknya tetapi tidak tahu apa tujuan mencari pasangan yang mempunyai sifat seperti itu.

Secara keseluruhannya, penulis membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan konsep kafaah dalam memilih pasangan hidup adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dan ia memerlukan pengetahuan dalam mencari pasangan yang sesuai.












4.2 SARANAN

Berdasarkan tinjauan yang penulis telah lakukan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu di ambil perhatian dan seterusnya diperbaiki oleh semua pihak bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga di dalam masyarakat. Oleh yang demikian, penulis ingin menyarankan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai bagi menyedarkan masyarakat tentang kelebihan dan perlunya melaksanakan konsep kafaah ini. Antara saranannya ialah :

1- Jabatan Agama Islam Negeri perlulah berperanan dalam mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang budaya dan cara hidup kekeluargaan di dalam Islam yang sebenar dengan mengadakan seminar atau ceramah.

2- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mengambil inisiatif dengan menjemput penceramah-penceramah yang berkebolehan dan berpengetahuan luas tentang masalah ini untuk memberi ceramah-ceramah agama di Masjid, Surau dan tempat-tempat terbuka seperti menganjurkan forum perdana.

3- Media cetak juga memainkan peranan penting untuk menyampaikan maklumat yang tepat bertujuan untuk menyedarkan orang ramai seperti memperbanyakkan rancangan soal jawab agama bagi individu yang menghadapi kemusykilan. Media elektronik seperti radio dan televisyen juga boleh memainkan peranan seperti memperbanyakkan rancangan-rancangan yang berbentuk keagamaan. Ini akan menambah lagi pengetahuan dan membuka minda masyarakat untuk menilai baik buruk sesuatu perkara untuk dilakukan.

4- Institusi keluarga khususnya ibu bapa perlu ada kesedaran bahawa pelaksanaan konsep kafa’ah adalah suatu perkara yang diberi panduan oleh islam untuk mencari pasangan hidup anak-anak mereka.

5- Komuniti masyarakat di sini juga seharusnya memainkan peranan yang penting dengan mengambil tahu kebaikan pelaksanaan konsep kafa’ah. Masyarakat juga bersikap positif dengan tidak memandang serong terhadap pasangan yang yang melaksanakan kafa’ah. Seterusnya masyarakat perlu mengubah adat kebiasaan pelaksanaan konsep kafa’ah kepada pelaksanaan kafa’ah yang digariskan oleh Islam.

6- Golongan ulama dan cendikiawan Islam perlulah berkerjasama dalam memperjelaskan konsep kafa’ah kepada masyarakat supaya masyarakat Islam dapat melaksanakan konsep kafa’ah dengan sempurna.

7- Yang paling utama adalah peranan individu itu sendiri hendaklah berusaha meningkat dan menambah lagi ilmu pengetahuan agama bagi memastikan dirinya mengamalkan syariat Islam yang sebenar dalam kehidupan.



BIBLIOGRAFI

Al-Quran dan Terjemahan

Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabata Perdana Menteri.

Buku

Abdul Aziz. 1992. Kursus Dan Bimbingan Perkahwinan Serta 20 Soal Jawab Dari Jabatan. Ttpt. Darul Nu’man.
Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. 1994. Hukum-Hukum Perkahwinan Dan Kekeluargaan Dalam Islam Pandangan Daripada Pelbagai Mazhab. Yogyakarta : Dinie Publisher.
Abul A’la Al Maududi. Prof Fazl Ahmed. 1987. Pedoman Perkahwinan Dalam Islam. Jakarta: Darul Ulum Press.
Fatimah Hj Omar. 1997. Soal Jawab Pengantin Khusus Untuk Wanita. Malaysia. Al- Hidayah Publishers.
Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid. Tt. Kursus Perkahwinan Dan Undang-Undang Keluarga Islam. Edisi Kedua. Ttpt. Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.
Mohamah Som bin Sujimon & Abdul Basir Mohamad. 2006. Fikah Kekeluargaan. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Mohd. Sanusi bin Hj. Mahmood.1978. Undang-Undang Keluarga Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dian Sdn Bhd.
Muhd Fauzi Muhamad. 2003. Undang-Undang Keluarga Islam Dalam Empat Mazhab: Pembentukan Keluarga. Edisi 2. Kuala Lumpur : Synergymate Sdn. Bhd.
Pennoh Daly. Tt. Suatu Prebandingan Dalam Kalangan Ahlu-Sunnah Dan Negara-Negara Islam. Ttpt. Thinker’s Library.

Home page

Abu Dawud al-Sijistani, Sunan Abi Dawud, Kitab Al-Nikah, Bab fi al-rijal yanzuru ila al-mar’ah wahua yurida tazwijiha, No. Hadis 1783. http://hadith.al- islam.com/
Abu ‘Isa al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi. Kitab Al-janaiz an’ Rasulullah s.a.w, Bab ma ja’a fi ta’jil janazah. No Hadis 995. http://hadith.al-islam.com/
Abu ‘Isa al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, Kitab Al-Nikah an’ Rasulullah, Bab ma ja’a an la yukhatibu rijal ala khatibah akhihi, No Hadis 1053. http://hadith.al-islam.com/
Abu ‘Isa al-Tirmidhi, Sunan Al-Tirmidhi, Kitab Al-Nikah an’ Rasulullah, Bab ma ja iza ja’akum min tardauna dinihi fazaujuhu, No Hadis 1005. http://hadith.al- islam.com/
Ibn Majah al-Qazwani, Sunan Ibn Majah, Kitab Al-Nikah, Bab al-akfa’, No Hadis 1957. http://hadith.al-islam.com/
Muslim, Sahih Muslim, Kitab Al-fadail, Bab Fadhlu nasbi Nabi s.a.w. wa taslim al- hajar. No Hadis 4221. http://hadith.al-islam.com/
Ummu Salamah As Salafiyah. 2008. http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/. 28 oktober.

Thursday, June 25, 2009

jiwa ku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)

سُوۡرَةُ الکافِرون
Ertinya:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."







Siapa yang Ingin Saya Temui:


Sahabat atau kawan yang SOLEHAH/SOLEH dan BERIMAN kepada Allah SWT..
...agar aku juga terdorong untuk melakukan kebaikan إن شاء الله...
"Duhai sahabat, bantulah aku dalam mencari jalan KEBENARAN"
جزاك الله خيرًا

Sunday, May 17, 2009

Tesis- KONSEP PENYEMBELIHAN BINATANG DAH HIKMAHNYA : SATU KAJIAN PERBANDINGAN EMPAT MAZHAB

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Islam adalah agama atau cara hidup yang disediakan dan ditentukan oleh Allah. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa akur dan taat terhadap semua hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan makanan, minuman dan penyediaannya. Panduan utama yang ditetapkan oleh Allah ialah makan dan minum hanya yang halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah, maka hukumnya adalah haram kecuali jika dalam keadaan darurat.

Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahan mentah yang datangnya dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dan kambing, maka faktor penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatu masakan atau produk boleh diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam. Penyembelihan yang dilakukan secara tradisi atau manual yang diamalkan dalam masyarakat zaman-berzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini kerana kerja penyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar memerlukan seorang dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan pengeluaran komersial, amalan secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak mampu menampung permintaan masyarakat, negara malahan pengguna muslim antarabangsa.

Sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dan dijaga. Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira sama ada muslim ataupun bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap sumber makanan yang halal.

Sehubungan dengan itu, konsep makanan yang tidak halal dalam Islam ialah apa jua makanan yang diharamkan seperti anjing dan babi dan makanan-makanan yang halal tetapi diperolehi dengan cara yang haram seperti mencuri, rasuah, menipu, hasil perjudian dan lain-lain, termasuk juga dalam jenis makanan yang haram ialah daging haiwan yang tidak disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak.

Oleh itu, perkara-perkara yang dibincangkan dapat memberikan panduan dan pengetahuan dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai penyembelihan. Apa yang menarik dalam kajian ini, ialah isu yang disentuh adalah menjadi topik utama dalam kemusykilan masyarakat masa kini. Tujuan kajian ini juga untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penyembelihan halal, yang menepati syarak dan sebagai sumber makan yang bersih. Melalui sumber makanan yang halal dapat membentuk peribadi yang berakhlak dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

Berdasarkan keterangan tadi, penulis berminat untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan dengan konsep penyembelihan binatang dan hikmahnya : satu kajian perbandingan empat mazhab.

1.2 Objektif Kajian

Penulisan ini dihasilkan diatas beberapa objektif dan tujuan. Hal demikian adalah untuk mencari jawapan yang pasti bagi kajian yang dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti apakah hikmah penyembelihan binatang mengikut hukum syarak sebagai satu tanda penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu daripada sumber nikmat makanan yang dikurniakan oleh Allah.

2. Untuk mengetahui lebih mendalam konsep penyembelihan binatang mengikut pandangan empat mazhab.

3. Membuat sedikit penyelidikan tentang amalan penyembelihan pada waktu sekarang.

1.3 Hipotesis Kajian

Penulis telah membuat beberapa hipotesis berkaitan kajian penulis, hipotesis ini penting buat penulis kerana ia dapat membantu penulis untuk mencapai objektif sebenar dalam kajian. Beberapa hipotesis telah dibuat dan telah membangkit semangat penulis untuk menjalankan kajian ini adalah :

1. Penulis merasakan bahawa masyarakat masa kini kurang mengetahui perbezaan cara sembelihan yang sah dan sembelihan yang tidak sah.

2. Tanggungjawab sebagai seorang muslim dapat dilaksanakan dengan lebih baik sekiranya masyarakat memahami konsep penyembelihan yang sebenarnya.

3. Pendifinisian konsep penyembelihan adalah berbeza mengikut mazhab.

1.4 Skop Kajian

Bagi menghadkan kajian di samping dapat mencapai matlamat penulisan ilmiah ini, penulis telah menentukan skop dan batasan kajian.

Penulis telah memilih konsep penyembelihan binatang dan hikmahnya : satu kajian perbandingan empat mazhab sebagai pemusatan kajian yang merupakan fokus utama kajian penulis.

Skop yang ingin dikaji oleh penulis ialah mengenai konsep penyembelihan yang didefinisikan mengikut mazhab yang empat serta mengupas dan menghuraikan mengenai hikmahnya yang berkaitan dengan sembelihan dalam melaksanakan penyembelihan binatang.

1.5 Metodologi Kajian

Metodologi itu sendiri diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian. Dalam bidang kajian, metode merupakan elemen penting untuk melaksanakan penulisan. Oleh itu, pemilihan metode yang sesuai dan tepat dengan permasalahan dan objektif utama kajian akan menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu. Penulis telah menggunakan metode-metode berikut dalam proses menghasilkan latihan ilmiah ini.

1. Metode Penentuan Subjek

2. Metode Pengumpulan Data

3. Metode Menganalisis Data

1.5.1 Metode Penentuan Subjek

Metode atau kaedah yang digunakan oleh penulis dalam menentukan subjek ialah melalui pembacaan awal. Ini adalah untuk mendapat gambaran awal mengenai tajuk yang ingin dikaji oleh penulis.

Pada permulaanya, penulis menghadapi masalah dalam menentukan subjek kajian. Penulis akhirnya memilih tajuk yang dicadangkan oleh Jabatan Syariah iaitu “Konsep Penyembelihan Binatang dan Hikmahnya : Satu Kajian Perbandingan Empat Mazhab” memandangkan penulis berminat untuk mengkaji tajuk berkenaan dan berikutan tajuk berkenaan telah diluluskan oleh pihak Falkulti Akademi Islam.

1.5.2 Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data iaitu usaha-usaha yang dilakukan oleh penulis dengan teknik mengumpul semua data dan maklumat yang diperolehi hasil daripada pencarian bahan. Penelitian juga digunakan untuk mengumpul data penafsiran terhadap data yang dikumpulkan. Penulis juga mengemukakan beberapa metode yang digunakan dalam pengumpulan data seperti berikut :

1. Metode Dokumentasi

2. Metode Penyelidikan Perpustakaan

1.5.2.1 Metode Dokumentasi

Metode dokumentasi adalah satu kaedah pengumpulan data dengan cara menggunakan dokumen yang berhubung dengan masalah kajian yang dibangkitkan. Penulis menggunakan metode ini bagi membuktikan bahan maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan yang jelas dan lengkap.

Metode dekumentasi yang digunakan oleh penulis dalam melengkapkan kajian adalah melalui buku-buku, majalah-majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya. Penulis lebih menumpukan metode ini di dalam bab dua kerana di dalam bab dua, penulis akan menghuraikan pendefinisian konsep penyembelihan binatang dan hikmahnya berserta dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis.

1.5.2.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan

Metode ini digunakan sebagai pelengkap kepada proses pengumpulan data yang diperlukan. Ini bertujuan untuk melengkapkan beberapa data yang penting. Maklumat yang dihuraikan oleh penulis melalui metode ini telah digunakan di dalam bab dua dan tiga.

Disamping itu, metode ini juga memudahkan penulis menyediakan lebih banyak bahan untuk penulis membuat rujukan bagi mendapatkan fakta-fakta yang berkaitan dengan merujuk kepada beberapa buah perpustakaan seperti perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Pusat Islam Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara.

1.5.3 Metode Penganalisis Data

Tujuan metode ini digunakan adalah bagi menganalisa data dan maklumat yang ada perkaitan dengan masalah kajian dan seterusnya diproses serta sekaligus dianalisa dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian, penulis telah menggunakan metode tertentu dalam memproses dan menganalisa data-data dan fakta-fakta tersebut melalui;

1.5.3.1 Metode Induktif

Metode ini adalah suatu kaedah atau pendekatan yang memerlukan kepada pemikiran dan penelitian oleh penulis dalam mencari bukti melalui perkara yang bersifat khusus sehingga mencapai kesimpulan yang umum. Melalui metode ini, penulis akan membuat kesimpulan umum berdasarkan data-data yang diperolehi untuk dilengkapkan di dalam bab tiga yang menyentuh mengenai pendefinisian konsep penyembelihan binatang menurut pandangan empat mazhab.

1.5.3.2 Metode Deduktif

Metode ini digunakan oleh penulis untuk menghuraikan maklumat yang diperolehi yang berbentuk umum kepada berbentuk khusus. Kaedah ini merupakan teknik atau cara untuk menghurai dan menganalisa data secara terperinci bagi mendapatkan hasil atau keputusan yang berbentuk umum kepada yang lebih khusus.

Oleh yang demikian, penulis telah menggunakan metode ini untuk menghuraikan data-data yang diperolehi untuk menjelaskan cara-cara penyembelihan binatang menurut empat mazhab.

1.5.3.3 Konsep Komparatif

Metode komparatif adalah proses membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap data yang diperolehi. Segala data, fakta dan pendapat yang diperolehi dikumpulkan kemudian dibuat perbandingan yang saksama, kesimpulan dan generalisasi dari dalil-dalil yang terdapat dalam kajian ini.

Penulis menggunakan metode ini di dalam bab ketiga, di mana penulis telah membuat perbandingan daripada data-data yang bersangkutan dengan hukum-hukum dalam konsep penyembelihan binatang serta cara-cara penyembelihan bagi pandangan empat mazhab (Syafei, Hanafi, Maliki dan Hambali).

1.6 Kekangan Kajian

Dalam melaksanakan sesuatu kajian, kita tidak akan sunyi daripada mengalami sebarang masalah. Begitu juga yang dialami oleh penulis iaitu beberapa kesulitan dan masalah yang telah dihadapi oleh penulis dalam melaksanakan kajian ilmiah ini.

Diantara masalah yang dihadapi oleh penulis ialah seperti kesukaran mendapatkan sumber rujukan yang menyeluruh. Oleh kerana kajian penulis ini dalam ketogori kajian perpustakaan, maka sumber rujukan merupakan sumber utama dan penting kepada penulis untuk mencari data dan maklumat yang betul dalam mencari penyelesaian kepada kajian ini. Kekurangan bahan rujukan di beberapa buah perpustakaan memaksa penulis merujuk di perpustakaan yang lain bagi mendapat maklumat berkaitan tajuk ini.

Selain itu, permasalahan mengenai tajuk yang dikaji oleh penulis juga merupakan agak susah sedikit daripada tajuk-tajuk lain dan jarang orang mengkajinya kerana kajian penulis perlu melalui pembacaan awal serta terpaksa membandingkan di antara bahan-bahan rujukan, malah perlu memahami dengan mendalam berdasarkan bab-bab yang ingin dikaji oleh penulis.

Tambahan pula, kajian ini melibatkan perbandingan mazhab serta pandangan mengikut syariat Islam yang sudah tentu dibezakan berasaskan al-Quran dan Hadis. Hal ini amat memerlukan pengetahuan yang mendalam serta memastikan fakta dan bahan rujukan bagi latihan ilmiah ini diperolehi secara jelas dan terperinci.

Walaubagaimanapun, segala kekangan ini akhirnya dapat diatasi dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman serta rakan-rakan yang selalu mendorong penulis untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.

BAB DUA

DEFINISI KONSEP PENYEMBELIHAN

2.1 Pendahuluan

Penyembelihan halal atau zabihah adalah perkara yang amat penting dalam syariat Islam. Aspek ini begitu ditekankan secara khusus dalam hadis Rasulullah S.A.W., malah ia sebagai penentu terhadap sesuatu produk makanan halal. Memandangkan hampir semua penyediaan makanan harian menggunakan bahan mentah yang datang dari daging binatang seperti ayam, lembu, kerbau, dan kambing, maka faktor penyembelihan adalah amat penting sama ada sesuatu masakan atau produk boleh diambil atau sebaliknya mengikut syariat Islam.

Penyembelihan yang dilakukan secara tradisi atau manual yang diamalkan dalam masyarakat zaman-berzaman tidak begitu menimbulkan kekeliruan. Ini adalah kerana kerja penyembelihan hanya melibatkan beberapa ekor binatang dan sekadar memerlukan seorang dua tenaga manusia. Apabila penyembelihan yang melibatkan pengeluaran komersial, amalan secara tradisi tidak lagi ekonomik, cepat dan tidak mampu menampung permintaan masyarakat, negara malahan pengguna muslim antarabangsa, sungguhpun demikian keunggulan dan ketetapan syariat Islam wajib dipatuhi dan dijaga.

Masyarakat Islam dan pihak yang terlibat dalam industri produk halal tidak kira sama ada muslim atau bukan muslim sekarang mempunyai kesedaran terhadap sumber makanan yang halal. Sehubungan dengan itu, penulis akan membincangkan panduan dan pengetahuan dalam menangani isu pemakanan yang halal khususnya mengenai penyembelihan binatang. Penulis juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyembelihan yang halal, yang menepati syarak dan sebagai sumber makanan yang bersih. Melalui sumber makanan yang yang halal dapat membentuk peribadi yang berakhlak dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni.

2.2 Pengertian Penyembelihan

Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang tersebut.[1]

Ini adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W. :

الذكاة مابين اللبة واللحية

Maksudnya :

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher.”

(Riwayat Ibnu Abbas)

2.3 Dalil Pensyariatan Penyembelihan

Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah rahmat kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada sekalian yang wujud di alam ini. Firman Allah S.W.T.:

!$tBur š»oYù=yör& žwÎ) ZptHôqy šúüÏJn=»yèù=Ïj9 ÇÊÉÐÈ

Maksudnya: “dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.”

(surah al_Anbiya’ : 107)

Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga hubungan manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti kerahmatan itu. Ini termasuklah cara melakukan penyembelihan binatang. Islam telah memberi garis panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukannya.

Menyembelih binatang dengan aturan yang ditetapkan oleh hukum syarak adalah satu jalan yang menyebabkan daging binatang itu halal dimakan di samping memenuhi syarat-syarat yang lain.[2] Hal ini digambarkan dalam firman Allah S.W.T.:[3]

ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøŠyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ͍ƒÌYσø:$# !$tBur ¨@Ïdé& ÎŽötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/ èps)ÏZy÷ZßJø9$#ur äosŒqè%öqyJø9$#ur èptƒÏjŠuŽtIßJø9$#ur èpysÏܨZ9$#ur !$tBur Ÿ@x.r& ßìç7¡¡9$# žwÎ) $tB ÷LäêøŠ©.sŒ $tBur yxÎ/èŒ n?tã É=ÝÁZ9$# ...

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang sembelih atas nama berhala.

(Surah Al-Maidah (6) : 3)

Dan firman Allah S.W.T. :

(#qè=ä3sù $£JÏB tÏ.èŒ ãLôœ$# «!$# Ïmøn=tã bÎ) LäêYä. ¾ÏmÏG»tƒ$t«Î/ tûüÏZÏB÷sãB ÇÊÊÑÈ

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”

(Surah Al-An‘am, 6:118)

Dengan ini jelas bahawa binatang yang halal itu hendaklah disembelih jika tidak disembelih menurut cara Islam, maka ianya tidak halal dimakan. Kecuali dua jenis binatang yang halal dimakan tanpa disembelih iaitu ikan dan belalang.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

أحلت لنا ميتتان ودمان، أما الميتتان الحوت والجراد، والدمان أحسبه قال، الكبد والطحال.

Bermaksud :

Dihalalkan bagi kita dua macam bangkai dan dua macam darah. Adapun dua macam bangkai adalah bangkai ikan dan belalang. Sedangkan dua macam darah adalah hati dan limpa.”[4]

(Riwayat Ibnu Umar )

2.4 Hukum Penyembelihan

Hukumnya adalah wajib bagi binatang-binatang yang dapat dikuasai dan harus dimakan. Bagi binatang-binatang yang tidak dapat dikuasai boleh disembelih atau ditikam pada mana-mana bahagian tubuhnya untuk dimatikan seperti dalam memburu.

Selain itu, menyembelih haiwan yang halal dimakan seperti ayam, lembu dan kambing untuk dijadikan makanan kepada orang Islam adalah wajib sekiranya haiwan-haiwan tersebut mati tanpa disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut kehendak syarak, ia dinamakan bangkai. Memakan bangkai hukumnya haram kecuali bangkai ikan dan belalang.[5] Menurut hukum Islam haiwan-haiwan yang mati tidak kerana disembelih sama hukumnya dengan bangkai, iaitu haram memakannya.[6]

2.4.1 Hukum-hukum Berkaitan dalam Penyembelihan[7]

2.4.1.1 Perkara-perkara Haram Dalam Penyembelihan

a. Sembelihan bukan kerana Allah, seperti kerana berhala, untuk pemujaan atau seumpamanya. Haram perbuatan itu dan haram memakannya.

b. Jika menyembelih berkata-kata, sama ada menyebut secara umum atau bertujuan untuk menyekutukannya atau perkataan Bismillah digabungkan dengan nama-nama selain Allah. Haram memakannya dan perbuatan menyekutukan itu membawa kufur.

c. Haram memakan dan haram ke atas seseorang di dalam Ihram menyembelih binatang perburuan darat yang liar.

Firman Allah S.W.T.:[8]

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw (#qè=çGø)s? yøŠ¢Á9$# öNçFRr&ur ×Pããm 4

Maksudnya: “dan jaganlah kamu membunuh binatang perburuan sedangkan kamu dalam Ihram.

(Surah Al-Maidah (7): 95)

d. Haram memakan sembelihan yang menggunakan pisau yang tumpul, kerana alat sembelihan disyaratkan dari jenis yang tajam.

2.4.1.2 Perkara-perkara Sunat Dalam Penyembelihan

a. Sunat membaca Bismillah .

Meningalkannya tidaklah menyebabkan penyembelihan itu menjadi tidak sah dan haram dimakan. Lebih afdhal membaca Ç ÉOŠÏm§9$#É`»uH÷q§9$# «!$# Oó¡Î0

b. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

c. Sunat membaringkan binatang yang hendak disembelih di lambung (rusuk) sebelah kiri, diikat dua tangan dan sebelah kakinya yang sebelah kiri bagi binatang yang berkaki empat dan dilepaskan iaitu tidak diikat kaki sebelah kanannya. Baringkan dengan perlahan-lahan.

d. Sunat menyembelih ikan besar atau belalang besar.

e. Dihadapkan binatang itu ke kiblat atau memalingkan muka binatang ke arah kiblat iaitu menghalakan lehernya sahaja atau anggota sembelihan dan tidak dihalakan mukanya. Ini membolehkan penyembelih juga dapat mengadap ke arah kiblat. Hal ini juga membolehkan tangan kanan memegang pisau dengan kuat dan tangan kiri memegang kepala binatang tersebut.

f. Binatang yang panjang lehernya sunat disembelih di pangkal lehernya supaya cepat mati.

g. Sunat disembelih oleh orang yang sudah baligh.

h. Memutuskan kedua-dua urat yang di kiri kanan leher (urat wadajain). Iaitu urat yang berada di atas papan tengkok yang mengelilingi halkum. Ini boleh mencepat dan memudahkan keluarnya roh, dan ini merupakan perkara ihsan pada penyembelihn

i. Sunat tidak menyembelih dihadapan binatang-binatang yang lain untuk dibawa ke tempat sembelih.

2.4.1.3 Perkara-perkara Makruh Dalam Penyembelihan

a. Menyembelih binatang sedangkan binatang lain melihatnya.

b. Mematahkan batang leher sebelum hilang roh dan diamnya.

c. Menyelinap dan melapah kulitnya sebelum mati.

d. Memotong anggota binatang sembelihan sebelum mati.

e. Mencabut bulu sebelum hilang rohnya.

f. Tidak menghalakan mukanya kearah kiblat.

g. Menyembelih sehingga putus kepala (mengikut pendapat Syeikh Al-Ramli) dan penyembelihan oleh orang buta pada binatang yang berkuasa.

h. Memindahkan binatang yang telah disembelih sebelum keluar rohnya.

i. Penyembelih orang yang berhadas besar, haid atau junub.

j. Menajamkan pisau dihadapan binatang yang hendak disembelih.

k. Makruh membaringkan binatang di pihak kanan.

2.5 Rukun Penyembelihan

Adapun rukun sembelih empat perkara iaitu ; penyembelihan atau sembelihan, penyembelih, haiwan yang disembelih dan alat penyembelih. Sehubungan dengan itu, penyembelihan dianggap sah apabila dilakukan dengan sengaja dan putus saluran pernafasan dan saluran makanan di leher haiwan yang disembelih.

Jika pisau terjatuh mengenai leher haiwan lalu putus saluran pernafasan dan saluran makanan pada lehernya maka daging haiwan itu haram dimakan, kerana tidak disembelih dengan sengaja.[9]

2.5.1 Penjelasan Bagi Rukun Penyembelihan

2.5.1.1 Penyembelih

Penyembelih harus terdiri dari orang Islam atau ahli kitab (Yahudi dan Kristian) yang tidak buta serta berpegang dengan kitab Allah S.W.T. Dengan demikian, penyembelihan yang dilakukan oleh orang musyrik, penyembah berhala, penyembah api atau matahari, dan lain-lainnya, adalah tidak sah kerana mereka bukan ahli kitab. Sembelihan ahli kitab itu halal kita makan, berdasarkan firman Allah S.W.T :[10]

tPöquø9$# ¨@Ïmé& ãNä3s9 àM»t6Íh©Ü9$# ( ãP$yèsÛur tûïÏ%©!$# (#qè?ré& |=»tGÅ3ø9$# @@Ïm ö/ä3©9 öNä3ãB$yèsÛur @@Ïm öNçl°; ( ...

Maksudnya : “Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka.

(Surah Al-Maidah (6) : 5 )

Menurut riwayat Al-Hakim dan disahihkannya bahawa Ibnu Abbas menghalalkan sembelihan mereka itu kerana mereka itu beriman kepada Taurat dan Injil. Kata Ibnu Abbas :

إنما أحلت لي ذبائح اليهود والنصارى من أجل أنهم آمنوا بالتوراة والإنجيل

Bermaksud: “sesungguhnya dihalalkan sembelihan Yahudi dan Nasrani di pihak mana (selagi mana) mereka beriman dengan kitab Al-Taurat dan Al-Injil”.

(Riwayat Al-Hakim dan Sahih)

Penyembelih paling baik adalah lelaki kemudian wanita, jika kedua-duanya beragama Islam dan berakal, kemudian anak lelaki yang mumayyiz, kemudian barulah ahli kitab yang lelaki dan ahli kitab yang wanita. Sehubungan dengan itu, sembelihan orang buta, kanak-kanak dan orang mabuk adalah makruh, kerana kemungkinan sembelihan mereka kurang tepat mengenai sasaranya.[11]

2.5.1.2 Alat Penyembelih

Disyaratkan alat menyembelih hendaklah dari benda yang tajam yang boleh memutuskan halkum dan mari’ iaitu kedua-dua urat besar yang ada di kerongkong binatang tersebut. Ianya hendaklah dibuat daripada besi seperti pedang, pisau, anak panah dan tombak atau daripada timah atau tembaga atau emas, atau perak, atau daripada kayu atau buluh (sembilu) yang tajam atau kaca, atau batu tajam.[12]

Setiap benda yang boleh memotong urat-urat leher dan mengalirkan darah sama ada berupa besi, batu, sembilu atau kaca dan seumpamanya adalah halal digunakan untuk menyembelih kecuali kuku, tulang dan gigi kerana ia adalah juzuk dari anggota manusia yang dihormati.

Penyembelihan dengan menggunakan gigi, kuku atau tulang tidaklah halal kerana ianya tidak diakui sebagai alat yang boleh digunakan untuk melakukan sembelihan. Maka diharamkan memakan daging haiwan yang disembelih dengan gigi dan kuku. Dalilnya sabda Rasulullah S.A.W. :

ليس سن والظفر أما السن فعظم وأما الظفر فمدى الحبشة

Maksudnya: “Gigi dan kuku (tidak boleh dijadikan sebagai alat penyembelih). Gigi dalah tulang, manakala kuku pula adalah sebagai pengganti pisau dikalanagan orang habsyah”.

(Hadith Riwayat Al-Bukhari: 24488,2507,3075, Muslim: 1968, Ahmad: 15379,15386, Abu Daud: 2821 dan selain mereka itu)

Dalam proses penyembelihan berteknologi tinggi, pisau masih digunakan secara biasa. Oleh itu, penyembelih harus memastikan alat untuk sembelih seperti pisau hendaklah sentiasa tajam untuk memudahkan penyembelihan memutus urat dengan tepat. Ketajaman pisau hendaklah dikekalkan kerana setiap penyembelihan terpaksa memutuskan halangan bulu-bulu binatang seperti ayam sebelum mata pisau mencecah pada kulit binatang untuk dilukakan. Ini bermakna mata pisau tersebut perlu kerap diasah kerana cepat menjadi tumpul disebabkan melalui halangan bulu-bulu yang banyak. Pisau yang tumpul menyebabkan penyembelihan tidak sempurna kerana urat-urat saluran tidak diputuskan dengan tepat. Sehubungan dengan itu, pisau hendaklah sentiasa bersih dari berlumuran darah dengan membasuhnya. Kesan-kesan darah yang melekat pada pisau tersebut hendaklah dihapuskan sama ada ketika menyembelih atau menyimpan. [13]

2.5.1.3 Cara Penyembelihan

Penyembelihan ke atas binatang yang kita berkuasa iaitu berkeupayaan untuk menangkapnya dan menyembelihnya adalah dengan memutuskan halqum dan urat mari’nya. Halqum ialah saluran pernafasan dan mari’ pula ialah saluran makanan dan minuman ianya terletak di bawah halqum.

Bagi penyembelihan cara luar biasa, iaitu binatang yang sukar ditangkap sama ada semasa perburuan atau binatang jinak yang lari dan sukar ditangkap atau binatang yang tidak dapat disembelih dilehernya seperti terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan, penyembelihannya hanya memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya dan menyebabkan ia mati.[14]

2.5.1.4 Binatang Sembelihan

1. Binatang mestilah yang halal dimakan. Binatang yang haram dimakan, tidak sah penyembelihannya, bahkan tidak menjadi halal dengan sembelihan itu.

2. Binatang ini berada di dalam hayat Mustaqirrah iaitu hidup yang sempurna ketika memulakan penyembelihan. Binatang yang tidak berada di dalam keadaan hayat Mustaqirrah di awal penyembelihan, jika disembelih adalah dianggap bangkai.[15]

Sehubungan dengan itu, binatang yang disembelih juga binatang yang dapat dikuasai dan halal dimakan. Binatang yang tidak halal dimakan di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu: [16]

a. Binatang darat iaitu binatang yang tidak disembelih mengikut hukum syarak, babi, anjing dan binatang yang bertaring yang menggunakan kuku untuk mencakar dan membunuh haiwan-haiwan lain seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya serta binatang-binatang yang diperintah oleh Islam untuk membunuhnya seperti tikus, kala, burung helang, dan seumpamanya. Selain itu juga, binatang yang dilarang oleh Islam membunuhnya iaitu seperti semut, lebah dan burung belatuk. Binatang yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya. Binatang yang hidup di darat dan di air iaitu dua alam seperti katak, buaya dan seumpamanya.

b. Binatang air ialah binatang yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.6 Syarat Sah Penyembelihan

Syarat bagi menghalalkan sesuatu penyembelihan iaitu : [17]

a. Niat untuk menyembelih seekor binatang yang tertentu atau jenis tertentu. Apabila tidak ditujukan niat itu pada diri binatang atau jenisnya tidaklah halal hasil penyembelihan itu. Sebagai contoh, apabila jatuh pisau dari tangan seseorang tiba-tiba terkena leher seekor binatang, lalu mati, tidaklah halal binatang itu, kerana tidak ada niat atau tujuan untuk menyembelihnya.

b. Menyegerakan keluar roh binatang dengan memutuskan halqum dan mari’. Jika seseorang memotong lehernya dan seorang yang lain mencabut tali perutnya atau dicucuk rusuk sebelah atau pangkal paha lalu ia mati, tidaklah halal binatang tersebut. Kerana sahnya sembelihan adalah dengan syarat ianya mati disebabkan oleh sembelihan itu semata-mata bukan disertai dengan debab-sebab lain.

c. Masih ada hayat Mustaqirrah (hidup yang sempurna) sebelum disembelih. Hayat Mustaqirrah dapat dipastikan apabila didapati padanya pergerakan yang kuat, atau terpancarnya darah walaupun diyakini akan mati beberapa ketika lagi, dan sekiranya tidak ada tanda-tanda ini, tidaklah halal kerana adanya sebab iaitu luka atau terjatuhnya dari sesuatu tempat yang memungkinkan akan mati.

d. Binatang yang disembelih hendaklah daripada yang halal dimakan, tidak harus menyembelih binatang yang tidak halal dimakan, walaupun untuk merehatkannya.

e. Menyembelih dengan alat yang tajam, kecuali gigi, kuku, dan tulang.

f. Dilakukan sembelihan dengan sekali potong. Jika dipotong halqum kemudian berhenti, kemudian disambung semula bagi menyempurnakannya, jika perbuatan yang kedua itu mengikut urufnya (kebiasaanya) dianggap terpisah (bercerai) dari perbuatan yang pertama, maka disyaratkan binatang itu masih berada dalam hayat mustaqirrah ketika menyambung sembelihan itu.

Sekiranya perbuatan kedua ini tidak bercerai daripada yang pertama mengikut uruf, tidaklah disyaratkan binatang itu berada dalam keadaan “hayat mustaqirrah”. Hal ini seperti terangkatnya pisau kemudian dikembalikan semula dengan segera, atau dikembalikan pisau kerana ada yang tidak terpotong dan diambil oleh orang lain dengan segera, atau terjatuh daripada leher binatang lalu dikembalikan semula atau diambil oleh orang dengan cepat, atau mengubahnya dan dipotong apa yang masih tinggal, contoh-contoh diatas adalah harus, dengan syarat tidak tercerai dengan pekerjaan yang kedua pada kadar masa yang lama pada uruf, jika bercerai perbuatan yang kedua dengan yang pertama tidaklah halal sembelihan tersebut.

g. Penyembelih tidak berada dalam Ihram.

h. Penyembelih hendaklah seorang Islam atau Ahli Kitab. Tidak sah sembelihan orang Majusi, penyembah berhala dan orang Murtad. Tidak sah sembelihan orang gila, mabuk dan kanak-kanak yang tidak mumayyiz, walaupun pada binatang yang tidak kuasa atasnya ini mengikut pendapat yang rojih. Makruh sembelihan yang dilakukan oleh orang buta, dan haram ketika berburu. Dan haram penyembelihan yang bukan kerana Allah seperti menyembelih kerana keramat, kerana roh datuk nenek, kerana penunggu dan sebagainya.

2.7 Jenis Penyembelihan

2.7.1 Penyembelihan Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidil Adha dan zakat.

Menyembelih binatang korban merupakan ibadah agung yang dilakukan umat Islam setiap tahun pada hari raya korban. Orang yang menyembelih binatang korban, boleh memanfaatkannya untuk memakan sebahagian daging darinya, mensedekahkan sebahagian darinya kepada orang-orang miskin, menyimpan sebahagian dagingnya, dan memanfaatkan yang dapat dimanfaatkan, misalnya ; kulitnya untuk qirbah (bekas air) dan sebagainya.[18]

2.7.2 Penyembelihan Akikah

Penyembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Hukum akikah ialah sunat muakkad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.[19]

2.8 Hikmah Penyembelihan

Untuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang dapat meringankan dan tidak menyakiti atau meyeksanya. Dengan ini disyaratkan alat yang digunakan itu hendaklah tajam. Sehubungan dengan itu, hikmat diharamkan menggunakan alat-alat penyembelihan yang di tegah adalah kerana ianya menyakitkan binatang, sedangkan Islam menyuruh mematikan binatang secara baik dan sopan, dengan ini akan melahirkan rasa ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang baik.

Selain itu, membezakan cara penyembelihan yang sah dan cara penyembelihan yang tidak sah serta perbezaan cara penyembelihan orang-orang bukan Islam. Ini menunjukkan Islam itu satu sistem hidup yang sempurna dan tersusun rapi, disamping itu melatih manusia supaya mematuhi suruhan Allah S.W.T. sewaktu mendapat makanan.[20]

Disyaratkan supaya disembelih di leher kerana penyembelihan yang dilakukan pada leher adalah untuk mempercepatkan matinya haiwan sembelihan dan cepat keluar roh (nyawa). Selain itu juga, Darah yang mengalir keluar semuanya tidak mendatangkan bau busuk berbanding dengan yang tidak keluar darah kerana memakan bangkai dan darah tak ubah seperti haiwan. Sebahagian darah di tubuh haiwan yang halal dimakan harus dikeluarkan dan nyawa haiwan itu keluar secara beradab.[21]

Sehubungan dengan itu juga, untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh orang-orang Islam suci dan halal serta bagi memelihara akidah umat Islam kerana penyembelihan yang dilakukan itu atas nama Allah S.W.T. dan sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu daripada sumber nikmat makanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.[22]

2.9 Kesimpulan

Kesedaran masyarakat berkaitan isu halal perlu dipertingkatkan kerana bidang pengeluaran makanan dan barang gunaan serta perkhidmatan semakin maju. Di kalangan pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan barangan dan perkhidmatan dengan pelbagai kaedah menarik untuk tujuan pemasaran.


Hakikatnya ramai di kalangan kita hanya mengetahui sebahagian saja daripada status halal, suci serta baik, barang makanan atau perkhidmatan yang dijual di pasaran. Masih banyak barangan makanan dan gunaan serta perkhidmatan di pasaran yang kita tidak diketahui status halalnya.

Oleh itu, Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan binatang. Konsep sembelihan dalam Islam tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang menyeksa binatang secara kejam berdasarkan pandangan masyarakat bukan Islam yang melihatnya.

Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan kaedah penyembelihan Islam adalah terbaik. Seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh itu, orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber-sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal bukan meragukan, terutama disembelih secara Islam.

BAB TIGA

HUKUM PERBANDINGAN KONSEP PENYEMBELIHAN

3.1 Pendahuluan

Penyembelihan merupakan salah satu cara untuk memastikan kehalalan binatang dan daging. Islam membezakan bentuk penyembelihan dan mengambilkira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang. kehalusan kaedah penyembelihan ini adalah sebagai melatih, mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh tanggungjawab .

Konsep penyembelihan di dalam Islam mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan dan hendaklah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri yang berakal, kerana tidak sah penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir kecuali Ahli Kitab.

Sehubungan dengan itu, dalam bab ini penulis akan menghuraikan dan menerangkan hukum-hukum perbandingan serta cara pelaksanaanya mengikut pandangan fuqaha’ yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang dalam melakukan penyembelihan samada masalah isu-isu semasa mahupun penyembelihan bentuk moden.

3.2 Pengertian Penyembelihan

Penyembelihan dari segi bahasa bermakna: potong, belah dan mencabut nyawa binatang. Dari segi istilah pula mempunyai pelbagai pengertian mengikut perbezaan pendapat ulama’ tentang yang mana wajib dipotong atau putus iaitu: [23]

3.2.1 Mazhab Hanafi dan Maliki

Ulama’ Hanafi dan Maliki memberi takrif sebagai memutuskan saluran urat. Urat-urat yang perlu di putuskan adalah sebanyak empat urat iaitu urat halkum, urat mari’ dan dua urat darah kiri kanan halkum. Tempat dilakukan pemotongan ini ialah di antara pangkal leher dan pangkal dagu.

Maksud al-Nahar pula ialah, memotong urat darah. Tempat bagi melakukannya pula ialah penghujung leher. Penyembelihan yang dibuat dalam keadaan darurat pula ialah memotong dan melakukan mana-mana sahaja bahagian tubuhnya.

3.2.2 Mazhab Syafei dan Hambali

Mengikut pendapat ulama’ Syafei dan Hambali pula, al-zakah ialah penyembelihan binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan halkum dan urat mari’. Tempatnya ialah di bahagian atas leher (al-halq) ataupun di bahagian bawah leher dan di namakan al-Nahar, ataupun tikaman yang mematikan binatang di mana-mana bahagian tubuhnya, sewaktu tidak boleh disembelih.

Kesimpulan yang disepakati oleh semua mazhab ialah sembelihan adalah dengan cara zabh, nahr, atau aqr terhadap binatang-binatang yang halal dimakan.

3.3 Hukum Penyembelihan

Hukumnya merupakan syarat yang mengharuskan binatang darat dimakan. Tidak ada satu pun binatang yang boleh dimakan menjadi halal tanpa disembelih secara syarak. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T. :

ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøŠyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ͍ƒÌYσø:$# !$tBur ¨@Ïdé& ÎŽötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/ èps)ÏZy÷ZßJø9$#ur äosŒqè%öqyJø9$#ur èptƒÏjŠuŽtIßJø9$#ur èpysÏܨZ9$#ur !$tBur Ÿ@x.r& ßìç7¡¡9$# žwÎ) $tB ÷LäêøŠ©.sŒ ...

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),

(Surah al-Maidah 5: 3)

Dalam ayat ini Allah S.W.T. mengaitkan hukum halal itu dengan syarat disembelih. Ia juga berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

ما أنهر الدم، وذكر اسم الله عليه، فكلوا مالم يكن سنا أو ظفرا، وسأحدثكم عن ذلك : أما السن فعظم، وأما الظفر فمدى الحبشة.

Maksudnya: Binatang yang kamu alirkan darahnya sambil menyebut nama Allah, maka makanlah selagi ia bukan gigi dan kuku. Aku akan jelaskan kepada kamu tentangnya. Adapun gigi kerana ia adalah tulang sementara kuku pula kerana ia adalah pisau orang-orang Habsyah.[24]

( Riwayat Rafi’ bin Khadij )

Hikmat penyembelihan pada keseluruhanya adalah bagi menjaga kesihatan manusia dan khususnya bagi mengelakkan bencana yang mungkin menimpa tubuh badan dengan cara memisahkan darah daripada daging binatang berkenaan kerana menjadikan darah yang mengalir sebagai makanan adalah haram kerana ia membawa bencana kepada manusia. Darah adalah tempat segala kuman dan virus. Selain itu, darah mempunyai kumpulan-kumpulan jenis yang sesuai bagi sesuatu kehidupan, dengan itu darah tidak boleh bercampur aduk. Darah dihukum sebagai najis untuk mengelakkan keinginan terhadapnya.[25]

Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmat disyariatkan sembelihan dan mengalirkan darah ini adalah bagi membezakan daging dan lemak yang halal dengan yang tidak halal dan sebagai mengingatkan tentang sebab pengharaman bangkai adalah kerana darahnya yang masih kekal.

3.3.1 Hukum Penyembelihan Ahli Kitab

Para ulama' berselisih pendapat tentang peyembelihan yang dilakukan oleh Ahli Kitab. Pada prinsipnya penyembelihan ahli kitab adalah harus. Ini adalah pandangan fugaha’ berdasarkan firman Allah S.W.T.:

ãP$yèsÛur tûïÏ%©!$# (#qè?ré& |=»tGÅ3ø9$# @@Ïm ö/ä3©9 öNä3ãB$yèsÛur @@Ïm öNçl°; (

Maksudnya: dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

(Surah al-Maidah 5 : 5)

Makanan mereka yang harus pula ialah yang mereka sendiri i'tiqad sebagai halal mengikut agama mereka dan halal bagi Islam. Sembelihan itu halal bagi agama mereka dan haram pula untuk orang Islam seperti daging babi. Sembelihan ahli kitab halal walaupun tidak tahu mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih ataupun mereka mnyembelih untuk gereja atau perayaan mereka walaupun mereka ber i'tiqad haram seperti unta ia tetap halal.

Menurut pendapat Imam Maliki, sembelihan mereka terhadap binatang yang diharam untuk mereka adalah makruh untuk orang Islam seperti unta dan lemak semata-mata iaitu berdasarkan dalam firman Allah S.W.T.:

n?tãur šúïÏ%©!$# (#rߊ$yd $oYøB§ym ¨@à2 ÏŒ 9àÿàß ( šÆÏBur ̍s)t7ø9$# ÉOoYtóø9$#ur $oYøB§ym öNÎgøn=tæ !$yJßgtBqßsä© žwÎ) $tB ôMn=yJym !$yJèdâqßgàß Írr& !$tƒ#uqysø9$# ÷rr& $tB xÝn=tG÷z$# 5OôàyèÎ/ 4 y7Ï9ºsŒ Oßg»oY÷ƒzy_ öNÍkÈŽøót7Î/ ( $¯RÎ)ur tbqè%Ï»|Ás9 ÇÊÍÏÈ

Maksudnya: Dan Kami haramkan ke atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku dan daripada lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar.

(Surah al-An'am 6: 146)

Sementara itu jumhur pula mengharuskannya kerana ia tidak dinyatakan dalam syariat Islam. Oleh itu, ia kekal harus mengikut asal.

Selain itu juga, mengikut pendapat ulama' Maliki dan Syafei dalam satu riwayat daripada Imam Ahmad, semua sembelihan yang dibuat untuk gereja dan perayaan mereka kerana ia mengandungi pengangungan terhadap keadaan syirik mereka. Selain itu, penyembelih mungkin bermaksud dalam hatinya menyembelih untuk yang lain daripada Allah dan tidak menyebut nama Allah semasa menyembelih. Ini adalah yang benar.

Jika diketahui jelas bahawa penyembelih menyebut yang lain daripada Allah semasa melakukan sembelihan, seperti seorang Nasrani yang menyebut nama al-Masih atau Yahudi menyebut nama Uzair, maka jumhur berpendapat ia tidak halal dimakan berasaskan firman Allah s.w.t.:

!$tBur ¨@Ïdé& ÎŽötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/

Maksudnya: Dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah.

(Surah al-Maidah 5: 3)

Serta firman Allah S.W.T.:

Ÿwur (#qè=à2ù's? $£JÏB óOs9 ̍x.õムÞOó$# «!$# Ïmøn=tã ...

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebutkan nama Allah ketika menyembelihnya.

(Surah al-An'am 6: 121)

Pendapat ini adalah yang lebih sahih kerana yang dimaksudkan dengan halal dengan sembelihan mereka itu adalah yang mereka sembelih dengan mengikut syaratnya seperti yang dilakukan oleh orang Islam.[26]

Kesimpulannya, mengikut pendapat mazhab Maliki, hukumya adalah makruh jika bukan binatang haram. Manakala pendapat mazhab Syafei pula meletakkan syarat-syarat untuk menghalalkan sembelihan ahli kitab.

3.4 Perbandingan Cara Penyembelihan

3.4.1 Bahagian sembelihan yang mesti diputuskan

Ulama’ berselisih pendapat bahawa penyembelihan yang dilakukan dengan memotong dua urat darah, saluran mari’ dan saluran halkum adalah harus dimakan. Para fuqaha' kemudian berbeza pendapat tentang had yang paling minima yang wajib dipotong iaitu: [27]

3.4.1.1 Pendapat Mazhab Hanafi

Menurut pendapat Hanafi, wajib diputuskan tiga daripada empat, saluran halkum dan mari’ dan urat darah. Oleh itu jika penyembelih meninggalkan salah satunya maka sembelihan tersebut halal dimakan.

3.4.1.2 Pendapat Mazhab Maliki

Menurut pendapat Maliki, penyembelihan mestilah memotong halkum dan kedua-dua urat darah. Bagi pendapatnya urat mari’ tidak perlu dipotong. Pendapatnya hampir sama dengan pendapat Hanafi.

3.4.1.3 Pendapat Mazhab Syafei dan Hambali

Menurut pendapat mazhab Syafei dan Hanbali, penyembelihan mesti dengan memotong seluruh saluran nyawa (halkum), saluran makanan (mari’) kerana kehidupan berakhir dengan tiada kedua-dua saluran ini dan sunat memutuskan kedua-dua urat darah, iaitu dua urat yang berada dikiri kanan bahagian tengkuk, kerana tindakan ini sebagai melakukan ihsan dalam penyembelihan dan juga bagi mengelak pertikaian.

Memutuskan halkum dan mari’ dikira sah dengan syarat mesti dilakukan sewaktu binatang berkenaan masih hidup secara sempurna sewaktu pemotongan itu dilakukan dengan cepat dan sekaligus, jika tidak maka disyaratkan ia wujud pada akhir pemotongan. Dan jika tindakan memotong keduanya tidak dilakukan dengan cepat dan binatang sembelihan itu pula tidak lagi hidup secara mantap bahkan sembelihan itu selesai sewaktu binatang itu tidak bergerak, maka tidak halal dimakan kerana sudah menjadi bangkai, dengan demikian sembelihan pada masa itu tidak bermakna lagi.

3.4.2 Tempat Untuk Dipotong

Para ulama’ tidak berselisih pendapat jika sembelihan dilakukan dengan memotong dua biji halkum dan sebahagian dibahagian sebelah tubuhnya sementara sebahagian lagi di sebelah kepala, maka sembelihan itu halal. Ulama’ juga berpendapat seperti berikut;[28]

3.4.2.1 Pendapat Mazhab Syafei , Maliki dan Hambali

Jika biji halkum itu tidak dikerat dua, dan ia berada di bahagian sebelah tubuhnya, maka tidak halal dimakan, kerana memotong halkum adalah syarat dalam sembelihan. Oleh itu mestilah dipotong biji halkum tersebut. Apabila sembelihan yang dilakukan di atas daripada bahagian halkum, maka kedudukan halkum tidak terjejas.

Kesimpulannya, penyembelihan mestilah menghasilkan dua bulatan daripada biji halkum, satu di atas dan satu lagi di bawah, jika tidak maka binatang yang disembelih itu tidak halal, kerana ia bukan dinamakan sembelih tetapi dinamakan kerat.

3.4.2.2 Pendapat mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi berpendapat, cara sembelihannya adalah dengan tiga kali aksi potong yang seiring dengan bacaan sehingga urat di leher haiwan itu putus sama sekali. Adakalanya (darurat), diharuskan lebih dari tiga potongan supaya urat yang hendak di potong sehingga putus itu dapat dipastikan. Mazhab Hanafi selalunya membenarkan lebih dari tiga potongan dengan cara yang sama.

3.4.3 Penyembelihan Daripada Bahagian Atas Tengkuk[29]

3.4.3.1 Pendapat Mazhab Maliki

Mengikut pendapat Maliki, binatang yang disembelih daripada bahagian atas tengkuk tidak harus dimakan. Begitu juga yang disembelih di sudut kiri atau kanan lehernya walaupun sampai kepada semua yang perlu dipotong dalam penyembelihan. Kerana orang yang memotong urat-urat yang perlu diputuskan itu hanya dapat berbuat demikian setelah ia memotong dahulu saraf tunjang yang mana ia merupakan sebab yang boleh membunuh. Dengan demikian, maka binatang tersebut telah disembelih selepas binatang itu mengalami dan mempunyai sebab kematiannya.

3.4.3.2 Pendapat Jumhur Fuqaha'

Mengikut pendapat jumhur fuqaha' pula, menyembelih binatang dari atas tengkuk atau daripada sebelah tepi adalah makruh. Jika dilakukan juga demikian maka dikira berdosa kerana mengazabkan binatang. Bagaimanapun jika pemotongan berlaku dengan cepat dan pisau segera lantas ke tempat sembelihan sewaktu binatang masih hidup segar semasa pisau memotong kebanyakan urat mengikut ulama' Hanafi atau memotong halkum dan mari' mengikut pendapat ulama' Syafei dan Hambali. Maka binatang tersebut halal dimakan. Jika tidak, maka ia tidak halal dimakan kerana telah mati tanpa sembelihan.

3.4.4 Memutuskan Saraf Tunjang

Jika sekiranya seorang penyembelih terus memotong tanpa berhenti sehingga memutuskan bahagian saraf tunjangnya atau memutuskan seluruh tengkuk, maka mengikut pendapat jumhur iaitu:[30]

3.4.4.1 Pendapat Jumhur Fuqaha'

Penyembelihan ini adalah Makruh kerana tindakan begitu akan menambah keseksaan. Jika ia dilakukan juga tindaklah haram kerana memutuskan bahagian tersebut berlaku setelah penyembelihan yang sempurna terlaksana.

3.4.4.2 Pendapat Mazhab Hambali

Mazhab ini menyatakan, jika kepala binatang sembelihan itu diceraikan semasa menyembelihnya atau dengan dipenggal lehernya dengan pedang, ia tetap halal secara mutlak.

3.4.5 Menyembelih Dengan Cepat[31]

3.4.5.1 Pendapat Jumhur Fuqaha'

Mengikut pendapat jumhur fuqaha' adalah disyaratkan penyembelihan dilakukan dan disempurnakan dengan cepat dan serta merta. Oleh yang demikian jika seseorang penyembelih mengangkat tanganya sebelum selesai sembelihan kemudian dia berbalik semula serta-merta, maka sembelihannya itu boleh dimakan. Sebaliknya jika diselangi masa yang lama, maka sembelihan itu tidak harus dimakan, kerana sembelihannya berlaku terhadap binatang yang telah pun mengalami kecederaan di tempat yang membawa kepada kematiannya sebelum sembelihan diselesaikan dan merupakan binatang yang pasti tidak akan hidup.

3.4.5.2 Pendapat Mazhab Hanafi

Mengikut pendapat mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa memutuskan urat-urat adalah sunat disegerakan dan makruh dilakukan dengan lambat.

3.5 Sembelihan Bentuk Moden dan Hukumnya

Penyembelihan bentuk moden ialah menggunakan berbagai cara untuk melemahkan binatang yang hendak disembelih tanpa menyeksanya adalah tidak dilarang. Berdasarkan itu, maka penggunaan bius yang tidak mematikan binatang sebelum ia disembelih adalah halal mengikut Islam. Contohnya menggunakan karbon dioksida sewaktu menyembelih binatang. Pada kebiasaannya binatang yang dikenakan cara demikian dipercayai masih hidup secara normal sewaktu disembelih. Tindakan sebegini tidak langsung menyeksa binatang.

Perbuatan melemahkan binatang dengan menggunakan senjata api atau dengan memukulnya dengan bahan-bahan tumpul seperti batu, kayu, tongkat atau menendang dengan kaki ataupun dengan menggunakan arus elektrik dan lain-lain bahan pelali yang tidak membahayakan, kerana ia membawa kepda penyeksaan terhadap binatang yang dilarang oleh syarak. Walau bagaimanapun penggunaan bahan tersebut tidaklah menyebabkan binatang berkenaan haram dimakan setelah disembelih sekiranya sewaktu disembelih itu ia masih hidup, walaupun ia akan mati selepas beberapa waktu jika dibiarkan tanpa disembelih dan walaupun selepas menggunakan cara-cara yang disebut bagi memudahkan penyembelihan dilakukan.

Adapun tindakan memukul yang boleh menjahanamkan sebahagian besar saraf otak, maka mengikut pendapat ulama’ Maliki ia tidak harus dimakan kerana binatang tersebut telah pun terbunuh. Termasuk dalam keadaan ini ialah telah berkecai otak. Walau bagaimanapun jika pasti masih hidup maka masih boleh dimakan. Mengikut ulama’ Syafei dan Hanbali pula jika binatang tersebut sewaktu disembelih masih mempunyai hidup yang kuat, maka ia harus dimakan. Tandanya ialah ia masih mempunyai tindak balas dan darah yang memancut kuat ataupun meronta dengan kuat. Begitu juga pendapat ulama’ Hanafi, ia masih harus dimakan sekiranya penyembelih dapat segera memutuskan semua urat.

Penyembelihan yang dilakukan ditempat-tempat sembelihan moden sekarang didapati menggunakan alat-alat yang cukup tajam dan mampu memutuskan semua urat dengan cepat, seperti apa yang difahamkan bahawa sembelihan dilakukan beberapa saat selepas binatang berkenaan pengsan dibius.

Bagi ulama’ selain daripada ulama’ Maliki, tidak menjadi kesalahan menyembelih daripada belakang tengkuk. Ia cuma makruh kerana menyeksa binatang. Sesuatu binatang tidak halal dimakan sekiranya ianya disedut darah daripada tubuhnya dengan alat kemudian disembelih sebelum dipastikan apakah ia masih hidup secara semulajadi atau tidak.

Perkara ini jelas bahawa, tidak ada halangan untuk memakan daging sembelihan yang diimport daripada negeri-negeri kristian, walaupun mereka tidak membaca Bismillah sewaktu menyembelih, dengan syarat binatang berkenaan disembelih bukannya dicekik dan dipenggal lehernya. Daging-daging yang diimport daripada negeri-negeri penyembah berhala atau yang tidak beragama seperti Jepun, India dan negeri-negeri Komunis adalah tidak halal dimakan. Sewaktu hendak memakan daging yang disembelih oleh kalangan Nasrani (kristian), maka hendaklah bertakbir dahulu. Ini adalah sebagai berpegang dengan pendapat Mazhab Maliki yang mengharuskan sembelihan ahli kitab yang menyebut selain daripada nama Allah. Bagaimanapun kalangan ulama’ Syafei dan Syiah tidak memberikan kelonggaran terhadap daging-daging seperti ini dan mereka tetap tidak mengharuskannya.

Para penuntut yang sedang menuntut di negeri-negeri komunis wajiblah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang mengandungi daging. Mereka hendaklah memakan bahan makanan yang berupa sayur-sayuran sahaja ataupun mereka hendaklah menggunakan tin yang diimport daripada Eropah dan sebagainya. Daging-daging yang haram tetap tidak halal khususnya daging babi walaupun di negeri mana sekalipun mereka berada walaupun dengan dakwaan adanya darurat, kerana maksud darurat yang sebenar belum terlaksana, nyawanya masih tetap boleh bertahan dan tidak akan mati dengan memakan makanan-makanan lain yang diharuskan oleh agama.[32]

3.5.1 Kaedah Aliran Elektrik (Eletrical Stunning)

Penggunaan eletrical stunning dalam penyembelihan haiwan adalah harus. Merujuk kepada Fatwa Kebangsaan bahawa:


Eletrical stunning ialah sejenis alat pelalian ke atas binatang seperti lembu dan kambing. Alat ini menggunakan kuasa eletrik untuk memengsankan binatang sebelum disembelih. Tujuan penggunaan kaedah ini seperti berikut:

a. Bagi mengelakkan binatang yang dipengsankan itu cedera atau mati akibat menggunakan lain-lain jenis alat stunning sebelum disembelih.

b. Penggunaan alat ini akan mempercepatkan kerja penyembelihan dijalankan. Hal ini akan meningkatkan pengeluaran daging halal untu pasaran negara Islam.

c. Bagi mengurangkan kecederaan ke atas mana-mana anggota binatang yang hendak disembelih, hal ini bagi meningkatkan mutu daging yang dipasarkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah berpegang kepada hujah seperti berikut:

1) Di antara tujuan penyembelihan yang dikehendaki oleh Islam ialah untuk mematikan binatang dengan cara yang baik dan memberi rahmat kepada binatang kerana binatang yang disembelih mengikut cara Islam ini akan dapat mengeluarkan banyak darah. Darah tidak beku di dalam daging dan sistem pernafasannya terputus dengan serta merta. Keadaan ini menjadikan binatang cepat mati.


2) Islam amat mengutamakan memberi rahmat kepada makhluk-makhluk lain terutamanya kepada binatang, cara penyembelihan yang dianjurkan oleh Islam sebenarnya telah menunjukkan kerahmatan atau kebajikan Islam ke atas binatang, Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan umatnya agar berlaku baik dan memberi rahmat kepada binatang.


3) Penggunaan eletrical stunning ke atas binatang sebelum penyembelihan mengakibatkan seekor binatang itu lali atau pengsan disebabkan terkena kejutan eletrik. Binatang ini akan disembelih semasa ia pengsan dan bergerak sehingga mati. Perbuatan sengaja memengsankan seekor binatang sebelum disembelih ini adalah dikira berkait rapat dengan perkara yang berhubung dengan konsep ehsan di dalam sembelihan dan ketentuan hayat mustaqirah di dalam sembelihan.

Jadi keputusan Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Penggunaan Eletrical Stunnning dalam penyembelihan lembu dan seumpamaya adalah harus.[33]

3.6 Isu-isu Semasa dalam Penyembelihan

3.6.1 Penjualan Bangkai Ayam

Dalam membincangkan isu halal haram sesuatu makanan, Penulis cuba untuk mengetengahkan isu penyembelihan. Hal ini berikutan kes penjualan bangkai ayam yang dijalankan secara berleluasa di dalam pasaran negara khasnya kepada umat Islam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.


Melalui petikan akhbar Metro edisi nasional yang diterbitkan pada 20 Februari 2008 yang lalu oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin ,wartawan telah melaporkan bahawa Jakim telah menarik balik sijil pengesahan halal terhadap syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Penyembelihan ayam sebanyak 2 kali setelah penyembelihan pertama tidak sempurna dan ayam didapati mati sebelum disembelih. Ini adalah antara perkara yang dikesan oleh pegawai penguatkuasa Jakim dan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setelah pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat itu di kawasan perindustrian kampung Aceh, Setiawan, Perak diadakan. Laporan tersebut juga memberitahu pekerja di kilang itu mengaku menyembelih dua kali bagi menjimatkan masa disebabkan terlalu banyak ayam yang perlu diproses. Di samping itu, proses melalikan ayam juga dikendalikan oleh pekerja bukan Islam[34].

Kesimpulannya, berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W.:

إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته.

Maksudnya: “sesngguhnya Allah telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Jika kamu ingin membunuh seseorang (kerana hukum hudud), maka bunuhlah dengan baik. Jika kamu hendak menyembelih (binatang), maka sembelihlah dengan baik. Hendaklah seorang di antara kamu mempertajamkan pisaunya dan janganlah kamu menakut-nakuti binatang yang hendak disembelih (dengan senjata tajam).[35]

(Hadith Riwayat Muslim: 1955, Ahmad: 16664, 16679, Abu Daud: 2815, At-Tirmidzi: 1409 dan selain mereka itu)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah Islam menekankan bentuk penyembelihan dan mengambilkira cara pengambilan nyawa atau mematikan binatang. Hal ini adalah sebagai melatih dan mendidik jiwa setiap muslim bersifat ihsan, berdisiplin dan penuh tanggungjawab. Tetapi persolan yang timbul sampai sekarang ialah adakah ayam daging masih haram?. Dalam persoalan ini, umat Islam perlulah menyediakan alternatif dalam usaha membekalkan daging ayam yang halal dalam pasaran. Antara usaha yang boleh dilakukan termasuklah menjalankan pembiakan ayam organik secara besar-besaran dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang terhadap proses penyembelihan mengikut syarak. Hal ini bagi mengelakkan umat Islam tidak lagi teraniaya dalam mendapatkan bekalan makanan yang halal.

Penulis ingin tegaskan di sini bahawa kebersihan makanan dari segi luaran mudah kita lihat dan menjaganya tetapi kebersihan makanan dari segi hakikinya hanya hati yang dapat merasainya dan akal memikirkannya. Sesungguhnya makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan buruk.

3.6.2 Mencari daging halal

Melalui petikan akhbar Kosmo yang diterbitkan pada 31 Mac 2009 yang lalu oleh Ahmad Syukran Zainuddin ,wartawan telah melaporkan satu kursus penyembelihan halal anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, telah membincangkan tentang isu halal yang masih melingkari industri ini, terutamanya dalam aspek penyembelihan binatang seperti ayam.

Dalam kursus itu juga menyentuh tentang kenapa isu halal masih lagi menjadi persoalan yang seakan tiada kesudahannya, ia mungkin timbul berikutan kelemahan perundangan yang sedia ada. Apa yang pasti, hanya daging yang dibawa masuk semuanya perlu halal dan jika diragui, ia tidak akan dibenarkan masuk ke dalam pasaran.

Produk makanan yang diproses pun tidak dinyatakan secara jelas bahawa ia mesti halal. Malah akta sedia ada pun tidak menyatakan semua produk makanan di Malaysia halal. Begitu juga logo halal yang bersifat sukarela iaitu siapa yang mahu, mereka boleh memohon.

Berbeza di Singapura, isu halal jarang sekali timbul kerana mereka memiliki Akta Halal dan hanya mengaplikasikan satu logo halal sahaja. Sesiapa yang menggunakan logo selain logo yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) akan dikenakan tindakan denda yang tegas. Ini menyebabkan tidak ada pihak yang berani mencipta logo halal sendiri di Singapura. Tetapi di Malaysia, isunya tidak ada perundangan yang jelas. Pernah juga timbul kes logo halal ditipu atau logo sudah tamat tempoh.

Jumlah rumah sembelihan ayam yang banyak turut menyukarkan pihak berwajib untuk memantau tahap status halal daging di negara ini. Semenanjung Malaysia sahaja, dianggarkan terdapat 180,000 rumah sembelihan[36].

Kesimpulannya, kebanyakan pengguna Islam tidak begitu prihatin. Sepatutnya mereka lebih peka. Kalau was-was tidak perlu beli, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, contohnya sebelum ini ada syarikat menjual ayam yang jelas menyembelih tidak mengikut syarak. Hanya seminggu lebih isu itu heboh diperkatakan, masyarakat Islam membeli semula selepas terpengaruh dengan taktik pengilang yang licik.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan hakikat penternak ayam bumiputera berdepan dengan masalah kekangan modal. Kadangkala konsep penternakan itu sendiri ialah dari ladang sehingga ke produk akhir, kerana lebih menekankan proses integrasi yang bermula daripada makanan ternakan, infrastruktur dan penyembelihan. Secara tidak langsung, penternak bumiputera terpinggir kerana tidak mampu dan hanya syarikat gergasi bermodal besar yang boleh melakukannya.

Oleh itu, jika ada kerjasama yang positif antara masyarakat dengan agensi kerajaan, masalah ini akan dapat diatasi dan kaedah untuk pastikan ayam itu halal atau sebaliknya. Salah satunya ialah perbezaan di antara sembelihan yang dibaca Bismillah dengan yang tidak dibaca.

3.7 Kesimpulan

Berdasarkan daripada pandangan jumhur ulama' iaitu Syafei, Maliki, Hambali dan Hanafi yang telah dihuraikan dapat disimpul bahawa perbandingan yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang dan hukum serta caranya dapat dilihat melalui ayat-ayat al-Quran serta Hadis dalam menentukan pandangan bagi setiap pendapat masing-masing.

Selain itu, masyarakat Islam haruslah mengetahui serta mendalami malah mempelajari ilmu Fiqh khususnya dalam bab penyembelihan binatang kerana untuk memastikan setiap binatang yang disembelih sah dan halal dimakan mengikut hukum syarak agar penyembelihan binatang yang akan dilakukan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam wajib bagi kita mengetahui hukum-hukum atau pandangan fuqaha' yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang serta hikmahnya untuk membolehkan kita melaksanakan penyembelihan binatang dengan sebaik-baiknya dan akan mendapat keberkatan dari pemakanan yang halal.

BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Tuntutan mendapatkan makanan yang halal menjadi satu tumpuan penting setiap Muslim di seluruh dunia. Ini kerana ia merupakan salah satu perintah daripada Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya.

Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat, khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia. Pengetahuan yang tepat serta menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan mengikut lunas-lunas syariat, amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.


Tambahan pula konsep penyembelihan dalam Islam atau `zabiha' juga perlu dilaksanakan sebaik mungkin, agar ibadah ini tidak dilihat sebagai satu aktiviti yang menyeksa binatang secara kejam dan perlahan. Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan binatang. Oleh itu, Muslim perlu menilai dan meneliti sumber-sumber pemakanannya agar datang dari sumber yang halal, bukan meragukan.

Melaksanakan penyembelihan binatang bermakna telah menunaikan satu ibadah yang amat mulia disisi Allah s.w.t. kerana melalui penyembelihan dapat mengetahui sumber makanan yang halal dan sah disisi syarak. Dalam konsep penyembelihan binatang mempunyai rukun dan syarat-syaratnya yang tersendiri. Jika rukun dan syarat dipenuhi maka hukum melaksanakannya adalah wajib bagi binatang-binatang yang dapat dikuasai dan harus dimakan, begitulah juga sebaliknya.

Sebab itulah Islam menetapkan rukun-rukun penyembelihan iaitu wajib disembelih oleh orang Muslim dengan niat semata-mata kerana Allah, mengguna pisau yang tajam iaitu alat penyembelih, binatang yang halal dan mesti memutuskan dua urat saraf iaitu halkum, saluran pernafasan dan marikh, saluran makanan.

Penentuan halal dan toyyiban bagaimanapun tidak hanya sekadar memenuhi rukun sembelihan tetapi turut melibatkan sumber pemakanan ternakan, peralatan sembelihan, kawasan pemerosesan, bahan pembungkusan, urusan pengangkutan dan cara penyediaan yang bebas dari sumber tidak halal.

Seterusnya ialah kaedah penyembelihan binatang. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan binatang dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan daging binatang yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Selain itu, di antara syarat-syarat sahnya penyembelihan juga ialah menyebut nama Allah s.w.t. ketika menyembelih. Semua orang yang mampu melalakukan penyembelihan dengan baik, dari kalangan orang tua ataupun masih muda, laki-laki ataupun perempuan, dibolehkan untuk melakukan penyembelihan. Dan hasil sembelihan itu halal untuk dimakan asalkan memenuhi syarat-syaratnya.

Jika penyembelihan tidak dilakukan menurut hukum syarak iaitu penyembelihan itu tidak dilakukan oleh seorang Muslim dan tidak dibaca Bismillah ketika penyembelihan itu dilakukan. Sungguhpun begitu terdapat perselisihan pendapat ulama’ yang mengatakan fardhu dan wajib di baca, dan pula mengatakan fardhu tetapi tidak mengapa kalau terlupa membacanya. Namun begitu lebih baik beramal dengan membacanya kerana itu adalah lebih selamat. Berdasarkan kepada pandangan mazhab Syafei hukumnya sunat dan sebagai satu syarat sah sahaja.

Kebanyakan ulama’ mengatakan boleh dimakan sesuatu sembelihan Ahli Kitab, walaupun kita tidak mengetahui samada dia menyebut nama Allah s.w.t. atau tidak ketika melakukan penyembelihan. Hal ini berdasarkan kepada nas al-Quran.

Sebagai kesimpulannnya boleh dikatakan bahawa penyembelihan secara Islam adalah satu syarat penting untuk membolehkan orang-orang Islam memakan daging binatang samada binatang ternakan atau binatang liar yang diburu. Binatang yang mati tidak disembelih atau disembelih mengikut bukan cara Islam dianggap bangkai dan haram dimakan.

Oleh itu, umat Islam hendaklah berhati-hati ketika membeli daging di pasar atau membeli daging yang diimport dari luar negeri kerana banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari keuntungan.

Selain memahami konsep penyembelihan yang mengikut hukum syarak , umat Islam juga disarankan agar memahami dan mendalami hukum-hukum yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang secara jelas dan terperinci agar ibadah penyembelihan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Wujud disana sedikit perbezaan diantara Ulama’ empat mazhab tentang kaedah penyembelihan seperti dalam masalah pemotongan urat mari’ dan lain-lain. Walaubagaimanapun kesemuanya menuju matlamat yang satu iaitu mematikan binatang yang disembelih dengan segera dan memastikan darah tidak terperap dalam binatang yang disembelih.

4.2 Saranan

Untuk menambah pengetahuan di dalam ilmu agama khususnya yang berkaitan dengan konsep penyembelihan binatang menurut pandangan fuqaha’ serta hukum-hukum berkaitan, di sini penulis akan mencadangkan beberapa saranan untuk dijadikan panduan.

4.2.1 Pembacaan

Umat Islam disarankan untuk membaca kitab-kitab, buku-buku agama, laporan dan kajian-kajian terkini bagi membantu mereka memahami serta mendalami sesuatu ilmu. Ini penting agar pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia.

Dalam melaksanakan penyembelihan binatang yang berpandukan kepada syariat Allah s.w.t. khususnya cara-cara penyembelihan dan hukumnya, terdapat pelbagai bahan bacaan dan kitab-kitab yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam tentang konsep penyembelihan binatang yang sebenar menurut ulama’ fiqh dan hukum-hukum berkaitan dengannya.

Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui mengenai sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan mendalam kerana di dalamnya terdapat maklumat yang berguna dan bermanfaat. Segala keterangan-keterangan yang terkandung di dalamnya dapat di jadikan sebagai panduan dan bimbingan kepada diri setiap individu.

Selain itu, terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh diperolehi dan dibeli oleh umat Islam bagi memantapkan ilmu di dalam diri mereka. Contohnya buku-buku panduan keluaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim, kita haruslah mempunyai kesedaran di dalam diri untuk mempelajari dan memahami ilmu agama khususnya untuk memperbayakkan ilmu di dada kerana tidak ada perkara yang dapat diperolehi dan dipelajari melainkan melalui pembacaan.

4.2.2 Menghadiri Ceramah, Forum atau Kelas-Kelas Agama

Selain daripada pembacaan, umat Islam haruslah mengambil inisiatif untuk menghadiri ceramah, forum, atau kelas-kelas agama bagi mengisi diri mereka dengan pelbagai maklumat dan pengetahuan.

Di dalam ceramah atau kelas agama yang di hadiri secara tidak langsung ianya dapat membantu masyarakat untuk mengetahui ilmu agama secara jelas dan terperinci. Begitu juga, seminar tentang konsep halal-haram pemakanan menurut Islam perlu dijalankan kepada wakil setiap peniaga restoran dan syarikat pemprosesan makanan di setiap negeri.

Masyarakat juga dapat mengutarakan pertanyaan dan kemusykilan mereka untuk mengetahui konsep penyembelihan binatang yang sebenar serta hukum-hukum yang berkaitan apabila menghadiri ceramah.

4.2.3 Peranan Pihak Media

Pihak media juga seharusnya memainkan peranan dengan menyebarkan maklumat kepada masyarakat Islam. Pihak media samada media masa, media cetak dan media elektronik perlu bijak memainkan peranan agar maklumat yang disalurkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya kepada masyarakat.

Pihak media perlu mengambil langkah dengan mengenengahkan lebih banyak fakta-fakta agama dan ilmu pengetahuan di dada-dada akhbar, majalah-majalah dan sebagainya. Contohnya dengan memperbanyakkan ruangan soal jawab agama untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bertanya terhadap sesuatu perkara yang menjadi kemusykilan.

Di samping itu, pihak media juga turut berperanan dan perlu menggunakan lain-lain kaedah yang dianggap sesuai dengan keadaan semasa contohnya memperbayakkan jualan pita-pita rakaman, video, cd dan menerbitkan lebih banyak bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah untuk membantu masyarakat Islam khususnya dalam perkara-perkara fiqh serta dapat dijadikan panduan dan bimbingan sebelum seseorang itu melaksanakan sesuatu ibadah.

Selain itu risalah-risalah perlu diedarkan kepada peniaga bukan Islam untuk memberi kefahaman sepernuhnya kepada mereka agar menyedarkan mereka tentang konsep pemakanan halal dalam Islam.

4.2.4 Peranan Masyarakat

Masyarakat Islam juga perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan agama khususnya dalam bidang fiqh mahupun sains sosial yang akan dilaksanakan nanti supaya dapat dilakukan dengan sebaik.baiknya.

Masyarakat dapat melengkapkan diri samada melalui pembacaan ataupun mengajukan soalan kepada orang yang lebih arif dalam bidang berkenaa. Contohnya mengutarakan pertanyaan kepada ustaz, imam, pendakwah dan sebagainya.

Selain itu masyarakat juga haruslah berkongsi ilmu pengetahuan yang ada pada diri mereka dengan menyampaikan kepada orang lain. Contohnya dalam memahami konsep penyembelihan binatang dari segi hukumnya dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran dan Terjemahan

Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Buku

Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarbi. 2006. Fiqh Ad-Dalil. Terj. Ustazah Wafaa' Yusof Nor Hasanuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal. Selangor: Aras Mega (M) Snd.

H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd.

Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala Lumpur: Perpustakaan Awam Islam.

Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 2002. Irsyad Hukum. Brunei Darussalam: Borneo Snd. Bhd.

Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan Bakteria. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia.

Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad syed Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Home Page

Ahmad Syukran Zainuddin. 2009. http://www.kosmo.com.my. 30 Mac.

Ishak Suliaman (DR.). 2008. Http://drishak69.blogspot.com. 20 Ogos.

Jabatan Fatwa Kebangsaan. 2009. http://baheis.islam.gov.my. 10.50 p.m.

Muslim Aid Asia. 2009. http://muslimaidasia.com.: 2.00 a.m.

Muslim Al-Atsari. 2009. http://soaljawab.wordpress.com.: 2.00 a.m.



[1] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Hlm. 1.

[2] Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 2002. Irsyad Hukum. Brunei Darussalam: Borneo Snd. Bhd. Hlm. 165-166.

[3] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. hlm. 243.

[4] HR. Ibnu Majah. Perbahasan tentang buruan. Bab “Binatang Buruan Ikan dan Belalang”. Hadith no. 2607.

[5] Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal. Selangor: Aras Mega (M) Snd. Bhd. Hlm. 134.

[6] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd. hlm. 38.

[7] Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala Lumpur: Perpustakaan Awam Islam. Hlm. 20.

[8] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. hlm. 276.

[9] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd. hlm. 39.

[10] Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. hlm. 245.

[11] H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd. hlm. 40.

[12] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 178.

[13] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Hlm. 5.

[14] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 179.

[15] Ibid. Hlm. 179-180.

[16]Lokman Ab. Rahman. 2002. Op. Cit. Hlm. 6.

[17] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Op. Cit. Hlm. 180-182.

[18] http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/08/menjual-kulit-binatang-korban/

[19] http://muslimaidasia.com/en/main/ibadah-akikah.html

[20] Masni Sabar. Haji Abdullah Abdul Jalal. 1998. Pengetahuan Agama Islam ATM. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia. Hlm. 187.

[21] Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan Bakteria. Kuala Lumpur:Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Hlm. 10.

[22] Hj. Ahmad Mohd. Ali. Hj. Ali Ahmad. 2007. Fiqh Amali Nikmat dalam Beramal. Selangor: Aras Mega (M) Snd. Bhd. Hlm. 134.

[23] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad syed Hussain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 747.

[24] Hadith Riwayat al-Jamaah daripada Rafi’ bin Khadij. Nayl al-Autar. Jil. VIII. Hlm. 141.

[25] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Op. Cit. Hlm. 748.

[26] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid. Hlm. 751-752.

[27] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid . Hlm. 755.

[28] Ibid . Hlm. 756.

[29] Ibid. Hlm. 757.

[30] Ibid. Hlm. 758.

[31] Wahbah al-Zuhaili. 1994. Ibid . Hlm. 758.

[32]Ibid. Hlm. 788-789.

[33]http://baheis.islam.gov.my. 10.50 p.m.

[34]Prof. Madya Dr Ishak Suliaman. 2008. Http://drishak69.blogspot.com. 20 Ogos.

[35] DR 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarbi. 2006. Fiqh Ad-Dalil. Terj. Ustazah Wafaa'yusof Nor Hasanuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Hlm. 379.

[36] Ahmad Syukran Zainuddin. 2009. http://www.kosmo.com.my. 30 Mac.