Tapi sebenarnya....

Alangkah mudah bagi kita untuk mengatakan sesuatu ciptaan manusia itu sebagai suatu keajaiban..manakala ciptaan-ciptaan Tuhan yang Agung kita anggap sebagai sesuatu yang 'biasa'..
Semoga kita hayati keajaiban yang betul-betul ajaib dalam hidup kita..
Renungkan...

Tuesday, January 27, 2009

5 wanted people

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat . Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.' ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Saturday, January 24, 2009

SEDIKIT BERITA GEMBIRA!

16/1 Alhamdulillah, 16 kereta kebal Zionis musnah di Tel al-Hawa memaksa Israel berundur keluar.

20/1 REKOD CEMERLANG HAMAS SEPANJANG PERANG GAZA :

Bunuh 96 askar Israel
Jatuhkan sebuah pesawat peninjau tanpa juruterbang
Menembak 4 helikopter
Musnahkan 47 kenderaan tentera Zionis termasuklah kereta kebal
'Menghadiahkan' 980 roket ke wilayah Israel
Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap oleh askar Israel, semua yang ditangkap ialah orang awam
Berjaya tembak curi 53 orang askar Israel
12 serangan hendap
19 serangan berhadap-hadapan
2 kali menawan askar-askar Israel tapi semuanya mampus dibom pesawat mereka sendiri
DAN...
48 pejuang Briged al-Qassam menerima anugerah SYAHID!
Allahu Akbar!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)

سُوۡرَةُ الکافِرون

Ertinya:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku."

SahabatMusleem Siapa yang Ingin Saya Temui:
Sahabat atau kawan yang SOLEHAH/SOLEH dan BERIMAN kepada Allah SWT..
...agar aku juga terdorong untuk melakukan kebaikan إن شاء الله...
"Duhai sahabat, bantulah aku dalam mencari jalan KEBENARAN"
جزاك الله خيرًا

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza ...

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza. Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.

Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam. Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini. Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.